Suara Anda

Cadangan Menjemput Kumpulan SLAM Dalam Program HMI

Dikemaskini pada .

Pengadu : 

Shafa Udin

 

Aduan/Pertanyaan/Cadangan : 

Saya tiada apa-apa aduan. Tetapi ingin mengajukan sedikit pandangan dan perhatian pihak RTM agar menjemput Kumpulan SLAM untuk program HMI. Harap pihak RTM dapat mempertimbangkan perkara ini kerana saya yakin ramai yang rindukan kumpulan SLAM.

Terima kasih kerana sudi membaca.

 

Maklum Balas/Tindakan : 

Jabatan Penyiaran Malaysia (RTM) mengucapkan terima kasih atas cadangan yang dikemukakan.                     

Untuk makluman tuan, sememangnya Unit Hiburan TV menerusi rancangan Lentera Muzika yang disiarkan pada setiap hari Ahad, pukul 9.00 malam mempunyai perancangan menjemput Kumpulan Slam sebagai hos dan persembahan pada pengisian Lentera Muzika tahun 2017.

Pihak Hiburan TV amat mengalu-alukan sekiranya ada cadangan artis yang seterusnya.

Sekian, terima kasih.

Cetak