Suara Anda

Bahan Dokumentari di Slot Garis Waktu (Peristiwa Pulau Tambisan)

Dikemaskini pada .

Pengadu :

Azrin Azim

 

Aduan/Pertanyaan/Cadangan : 

Saya ada terdengar rancangan yang telah pihak RTM tayangkan pada 7 September lalu berkenaan dengan Peristiwa Pulau Tambisan.

Tujuan saya menulis adalah ingin mengucapkan terima kasih kepada pihak RTM yang memperingati peristiwa tersebut. Ini kerana ayah saya, adalah salah seorang yang terlibat dalam pertempuran tersebut.

Tujuan saya juga menulis bukanlah niat saya untuk menimbulkan isu ataupun menokok tambah cerita. Tetapi cerita yang ditayangkan di slot Garis Waktu tersebut seolah-olah direka sendiri. Padahal, ayah saya dan rakan-rakan yang lain bertempur dengan lanun tersebut lebih mengetahui cerita sebenar dan ayah saya juga berkata beliau boleh melakonkah semula peristiwa yang pernah menjadikan nyawanya dan rakan-rakan di hujung tanduk.

Malangnya ‘lembu yang memberi susu, sapi yang dapat nama’.

Jika peristiwa 1 September 1993 itu hanyalah peristiwa biasa pada anda semua, sila abaikan urat ini. Saya hanyalah seorang anak yang menganggap ayahnya seorang wira.

Terima kasih sekali lagi RTM kerana prihatin kepada peristiwa tersebut.

 

Maklum Balas/Tindakan : 

Jabatan Penyiaran Malaysia (RTM) mengucapkan terima kasih atas aduan yang dikemukakan.

Dimaklumkan bahawa 'Rancangan Peristiwa Pulau Tambisan dihasilkan untuk mengenang jasa wira-wira yang terlibat dalam insiden tersebut '.

Untuk sebuah dokudrama, pihak syarikat telah membuat penyelidikan dan mendapat fakta yang tepat dari sumber yang sahih dan juga pihak berwajib.

Jalan cerita dan pengisian telah dibincang terlebih dahulu semasa mesyuarat penerbitan antara RTM dan syarikat.

Sekian untuk makluman dan pihak RTM mengucapkan terima kasih atas cadangan dan aduan tersebut.

Cetak