Saiz Teks

A- A A+

Pilihan Warna

A A

settings

A- A A+
A A
  • Utama
  • e-Penyertaan
  • Suara Anda
  • Prosedur Memohon Jalani Latihan Pekerjaan (Internship) di RTM

Suara Anda

Prosedur Memohon Jalani Latihan Pekerjaan (Internship) di RTM

Dikemaskini pada .

Pengadu :

Amalina Abdul Shukor

 

Aduan/Pertanyaan/Cadangan : 

Saya Amalina binti Abdul Shukor, pelajar tahun akhir jurusan Komunikasi, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) ingin menjalankan latihan pekerjaan (internship) di RTM, Johor Bahru pada bulan Jun 2016.

Saya mempunyai beberapa pertanyaan mengenai urusan ini.

  1. Siapakah yang perlu saya hubungi dan bertanya mengenai urusan ini?
  2. Apakah yang perlu saya lakukan untuk memohon menjalankan latihan pekerjaan (internship) di RTM ini?

Segala maklum balas dari pihak tuan/puan amatlah saya hargai.

Terima kasih.

 

Maklum Balas/Tindakan : 

Jabatan Penyiaran Malaysia (RTM) mengucapkan terima kasih atas aduan yang dikemukakan.

Untuk makluman, permohonan untuk menjalani latihan industri di Jabatan ini perlu dikemukakan kepada Unit Latihan, Bahagian Khidmat Pengurusan, untuk semakan dan pertimbangan selanjutnya.

Sehubungan itu, sebarang pertanyaan boleh kemukakan kepada pegawai seperti berikut :-

 

Unit Latihan dan Kerjaya,
Seksyen Sumber Manusia,
Bahagian Khidmat Pengurusan,
Jabatan Penyiaran Malaysia,
Tingkat 7 Wisma TV,
Angkasapuri,
50614 Kuala Lumpur.

No. Tel. : 03-2288 8193 / 8458
No. Faksimile : 03-2282 7146
E-mel : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Cetak Emel

offcanvas