Saiz Teks

A- A A+

Pilihan Warna

A A

settings

A- A A+
A A
  • Home
  • e-Participation
  • Your Voice
  • Gangguan Siaran Radio Klasik di Pulau Pinang

Your Voice

Gangguan Siaran Radio Klasik di Pulau Pinang

Last modified on .

Pengadu :

Suhaimi 

 

Aduan/Pertanyaan/Cadangan : 

Gangguan siaran Radio Klasik yang berlaku hampir sebulan lalu di Pulau Pinang khususnya di kawasan Bayan Lepas.

Harap RTM dapat mengambil tindakan dengan kadar segera.

 

Maklum Balas/Tindakan : 

Jabatan Penyiaran Malaysia (RTM) mengucapkan terima kasih atas aduan yang dikemukakan.

Untuk makluman, aduan ini telah diajukan kepada RTM Pulau Pinang pada hari yang sama (3 Februari 2016) dan RTM Kangar (Pasukan Pemancar) juga telah diberitahu. Disertakan laporan yang dibuat oleh RTM Kangar yang jelas menunjukkan mereka menerima aduan pada 1 Februari 2016 di mana tiada bekalan kuasa TNB dan fius telah digantikan.

Pengadu membuat aduan pada 3 Februari 2016 sedangkan sistem telah pulih sejak 2 Februari 2016. Setelah RTM Kangar menerima aduan tersebut, mereka sekali lagi melawat stesen pemancar dan didapati semuanya beroperasi dan tiada sebarang masalah yang berlaku. Ini menunjukkan masalah telah pun diselesaikan sejak 2 Februari 2016.

Pengadu memaklumkan tidak mendengar siaran radio sepanjang dua hari lalu dan terus membuat aduan ke Seksyen Pengurusan Aduan Awam pada 3 Februari 2016.

Walau bagaimanapun, tidak dapat dikesan sejak bila berlaku kerosakan ini. Namun, aduan pengguna mengatakan sejak sebulan yang lalu diragui.

Print Email

offcanvas