Saiz Teks

A- A A+

Pilihan Warna

A A

settings

A- A A+
A A

Your Voice

Prosedur Lawatan Sambil Belajar ke RTM

Last modified on .

Pengadu :

Arissa Icha

 

Aduan/Pertanyaan/Cadangan : 

Saya mewakili pelajar Semester 2 dari Politeknik Merlimau, Melaka ingin menanyakan beberapa soalan berkaitan lawatan ke RTM, Kuala Lumpur pada tarikh yang akan dimaklumkan kelak. Jadi saya ingin tahu apakah nombor telefon yang memudahkan saya untuk berurusan dengan pihak tuan? Dan kepada siapakah dan di manakah alamat yang perlu saya utarakan surat permohonan untuk mengadakan lawatan ke RTM Kuala Lumpur tersebut?

 

Maklum Balas/Tindakan : 

Jabatan Penyiaran Malaysia (RTM) mengucapkan terima kasih atas pertanyaan yang dikemukakan.Pihak puan boleh mengemukakan surat permohonan untuk mengadakan lawatan ke RTM Kuala Lumpur ke alamat seperti berikut :

 

Pengarah Bahagian Perhubungan Raya,
Jabatan Penyiaran Malaysia, Tingkat 2,
Wisma TV, Angkasapuri,
50614 Kuala Lumpur.
No. Tel. : 03-2288 7818 / 03-2288 7241 (Puan Noor Azura Abdul Halim)
No.Faks.: 03-2282 5013
E-mel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.


Sekian untuk makluman puan. Terima kasih.

Print Email

offcanvas