Saiz Teks

A- A A+

Pilihan Warna

A A

settings

A- A A+
A A
  • Home
  • e-Participation
  • Your Voice
  • Senarai Program RTM Berkaitan Madu Kelulut

Your Voice

Senarai Program RTM Berkaitan Madu Kelulut

Last modified on .

Pengadu :

Cik Idzah

 

Aduan/Pertanyaan/Cadangan : 

Salam dan selamat pagi Tuan/Puan. Saya seorang peminat dan pengamal madu kelulut, dan telah mendengar bahawa terdapat episod madu kelulut di dalam segmen rancangan Simfoni Alam,tetapi kurang pasti tarikh sebenar rancangan tersebut bersiaran. Semalam, saya menonton LIVE Simfoni Alam di laman sesawang MYKLIK, namun deskripsi rancangan yang ditulis tidak sama dengan rancangan yang berlangsung.

Diskripsi rancangan ada menulis mengenai madu kelulut, namun episod yang bersiaran adalah berkaitan burung enggang. Saya juga telah mencari di halaman "Latest Episode" dengan harapan dapat menonton episod tersebut sekiranya sudah terlepas siaran. Namun, tidak banyak episod yang telah dimuat naik. Di harap pengemaskinian diskripsi rancangan adalah sama dengan episod yang bersiaran kerana ia adalah amat penting bagi kami penonton untuk memperoleh informasi asas mengenai sesuatu rancangan.

Saya amat berbesar hati sekiranya pihak puan dapat memaklumkan :

1) Bilakah tarikh sebenar episod madu kelulut bersiaran?

2) Sekiranya terlepas tarikh, mohon jasa baik pihak puan memuatnaik episod rancangan tersebut dan juga episod rancangan yang lain di portal MYKLIK.

3) Pencarian video/info di laman media sosial Facebook, Simfoni Alam page juga mengecewakan. Adakah sumber atau media lain yang boleh dijadikan alternatif sekiranya terlepas siaran di televisyen?

4) Saya gembira menonton banyak episod-episod Agrotek yang telah dimuatnaik. Diharap episod-episod Simfoni Alam serta rancangan majalah yang lain juga sering dikemaskini.

Di harap pendapat dan pertanyaan saya ini akan dapat sama-sama membantu meningkatkan lagi mutu penyiaran rancangan di stesen radio televisyen negara.

 

Sekian, terima kasih.

 

Maklum Balas/Tindakan : 

Terlebih dahulu pihak kami mengucapkan terima kasih di atas keprihatinan maklum balas dan teguran. Perubahan siaran pada saat akhir ada kalanya tidak dapat dielakkan. Ia berkemungkinan kandungan program tersebut tidak mencapai piawaian dari segi kualiti dan kandungan. Maka program tersebut yang sepatutnya dijadualkan bersiaran terpaksa digantikan dengan program lain dan ini menyebabkan deskripsi rancangan atau EPG (Electronic Program Guide) tidak selari dengan program siaran.

Untuk makluman pihak puan, program Simfoni Alam tidak mengandungi siaran berkaitan madu kelulut, sebaliknya memaparkan Kisah Pencari Madu Tualang di Jirta, Kedah yang bersiaran pada 13/11/2016 dan 01/03/2017.

Namun berikut adalah maklumat siaran berkaitan madu kelulut yang boleh menjadi tontonan puan di masa akan datang :-

1. Agrotek (masa siaran 11/2/2017 dan 16/02/2017)

2. Rentas 2016 (masa siaran 27/12/2016)

3. Eksplorasa Episod 7 (masa siaran 5/3/2017)

Setiap rancangan yang disenaraikan di atas telah sedia ada di laman sesawang MyKlik. MyKlik merupakan satu-satunya platform yang disediakan oleh pihak RTM untuk penonton menonton semula rancangan kegemaran yang pernah disiarkan di saluran TV1, TV2 dan TVi. Setiap teguran dan maklumbalas daripada pihak puan akan diambil maklum oleh pihak pengurusan agar dapat memperbaiki mutu perkhidmatan dari semasa ke semasa. Teruskan menyokong program-program di RTM.

Sekian, terima kasih.

 

Print Email

offcanvas