Saiz Teks

A- A A+

Pilihan Warna

A A

settings

A- A A+
A A

Video Pilihan

Hebahan Buku Baharu : Cinta Han dan Nad

Last modified on .

"Membaca Menyuluh Minda" - Hebahan Buku Baharu  

Sukacita dimaklumkan bahawa Pusat Sumber Maklumat (PSM) telah memperoleh buku baru bersedia untuk rujukan dan pinjaman seperti berikut:-

  
Judul                    : Cinta Han dan Nad
Pengarang           : Jaja Ahmad
Tahun Terbitan   2016
No. Panggilan     : MFic JAJ 2016
 
 
Sinopsis: 
 
Cinta pandang pertama. Ramai yang percayakan cinta pandang pertama tetapi tidak ramai yang mampu memilikinya. Nadia Aliff, seorang gadis yang kuat dan cekal tetapi hidup di dalam bayangan cinta pandang pertama yang tidak pernah kunjung tiba. Farhan Shah Umar. Saat terpandangkan wajah gadis yang kalut itu, jantungnya mula berdetak laju. Pertemuan demi pertemuan tetapi tidak juga mencambahkan sebarang ikatan.
 
Dua tahun berlalu, masing-masing masih mencari dalam bisu. Pertemuan yang tidak disengajakan berlaku lagi dan kali ini Farhan melangkah laju, mencari titik mula perhubungannya dengan Nadia. Penantian yang lama walau dengan perkenalan yang singkat menyatukan mereka untuk menghalalkan segalanya. Semuanya nampak indah di mata tetapi tiada yang tahu Nadia sedang berperang dengan perasaan duka.
 
Dalam cintanya ada badai yang melanda. Ada ribut yang datang menerpa. Namun, teguhkah Farhan di kala Nadia dicemuh dan dihina? Dan kuatkah Nadia bila cinta dan kepercayaannya diuji? Farhan berdiri sebagai suami...dan Nadia juga terus berdampingan sebagai isteri. Cinta Han dan Nad merungkai segalanya.
 
 
 

 

 

Kami mengalu-alukan kunjungan YBhg Dato/Datin/Tuan/Puan ke PSM yang bertempat di Aras 2, Wisma Berita.
Bersama-sama kita membaca memperkayakan minda ... siapa cepat, dia dapat ! 
Untuk pertanyaan / maklumat lanjut, sila hubungi Pn. Asrina / Pn. Suriani di talian 03-22887603 / 7204.
 
Sekian, terima kasih.
 
Pusat Sumber Maklumat
Jabatan Penyiaran Malaysia

Print Email

offcanvas