Saiz Teks

A- A A+

Pilihan Warna

A A

settings

A- A A+
A A

Article

SIARAN MEDIA - Rentak Jalanan

Last modified on .

 

Travelog “Rentak Jalanan” Bersama Jimmy Shanley di TV1

KUALA LUMPUR, 07 Julai 2017 – Terokai keindahan dan keunikan Malaysia menerusi tayangan program travelog terbaharu disiarkan Radio Televisyen Malaysia (RTM) bertajuk ‘Rentak Jalanan’ yang memperkenalkan pelbagai lokasi pilihan yang menjadi tumpuan dan sebagai sebuah pusat penggalak pertumbuhan ekonomi setempat seperti pusat pelancongan, pertanian, perniagaan, perindustrian yang menarik dan juga aktiviti masyarakat setempat yang unik.

Bersama hos Jimmy Shanley, 13 episod program yang mula bersiaran pada 9 Julai ini, setiap Ahad, pukul 2.30 petang menerusi saluran TV1, tumpuan diberikan kepada daya usaha sebahagian responden yang gigih berusaha di dalam  meningkatkan pertumbuhan ekonomi sara diri sekaligus membawa kepada impak besar kehidupan sosial yang akan merangka peningkatan pendapatan masyarakat setempat.

Disampaikan secara santai, penonton dibawa menjelajah ke seluruh semenanjung Malaysia termasuklah di Terengganu, Pahang, Kelantan, Perak, Johor, Melaka dan Negeri Sembilan mengunjungi lokasi menarik juga mengikuti aktiviti unik di lakukan masyarakat setempat di situ. Turut dikongsikan perniagaan yang dijalankan mereka dalam menjana keuntungan.

Ikuti paparan menarik di Terengganu yang memaparkan aktiviti menangkap ketam nipah, dan ikan di sungai Setiu juga menangkap ikan di perairan laut. Menariknya turut dijalankan aktiviti membina kapal dan juga perahu. Sementara itu di Kemaman pula paparan aktiviti/perniagaan penternakan lembu, peniagaan lemang dan pengusaha restoren terapung.

Beralih ke Negeri Cik Siti Wan Kembang pula di Tumpat menjalankan aktiviti peniagaan nasi berlauk, Nasi Air Dingin”, melawati Pulau Teluk Rejuna, berkayak di Resort Seri Tanjung, peniagaan kelapa dan ke Kampung Morak, mencanai cincin, gelang dan rantai tangan. Kemudiannya di Jeli pula aktiviti pelancongan di Tasik Pergau, penternakan burung merbuk dan juga pasar wakaf baharu.

Diteruskan di Perak paparan aktiviti/peniagaan di Tasik Banding, penguasaha rumah bot di jeti Tasik Banding, aktiviti orang asli di laluan ke Gerik dan juga peniagaan kedai Pak Usop. Berlainan pula di Pengkalan Hulu aktiviti/peniagaan perlombongan bijih timah di Rahman Hidraulik, aktiviti mendulang dan juga madu kelulut.

Beralih ke berkongsi aktiviti/peniagaan tenunan di Raja Pahang, aktiviti Orang Asli membuat papan pemotong dan aktiviti di muara sungai Rompin, Pahang.

Di sebelah selatan iaitu Johor paparan aktiviti/peniagaan berkaitan penanaman kopi di Johor dan aktiviti menangkap belangkas. Begitu juga di Kluang aktiviti/peniagaan pengusaha pembuatan kompang dan akitiviti pelancongan di Argrofarm.

Di bandaraya bersejarah Melaka, paparan aktiviti/peniagaan tertumpu kepada peniagaan assam pedas dan penanaman pokok Tin. Diakhiri paparan aktiviti/peniagaan di Kuala Pilah, Negeri Sembilan, dimana aktiviti pelancongan burung unta sebagai ternakan, pertenakan landak dan juga ladang lembu Juaseh Agropark.

Bagi mereka yang tidak sempat untuk menonton di TV, mereka berpeluang menontonnya menerusi portal online, Myklik (myklik.rtm.gov.my). Rancangan ini juga dapat ditonton melalui rtm mobile. Muat turun aplikasinya di Google Play dan App Store.

 

- ### -

 

 

 

 

Print Email

offcanvas