Article

SIARAN MEDIA - Shamwari : A Wild Life

Last modified on .

 

Kerjaya Mencabar Dalam Dokumentari “Shamwari : A Wild Life” di TV1

KUALA LUMPUR, 15 Ogos 2017 – Dokumentari kerjaya mencabar dilakukan oleh petugas di Shamwari Animal Centre di East Cape, Africa untuk memelihara serta mengkaji habitat binatang-binatang yang terdapat di sana dikongsikan Radio Televisyen Malaysia (RTM) bersama penonton setia salurannya.

Menerusi dokumentari 39 episod bertajuk“Shamwari : A Wild Life”  yang bersiaran mulai 23 Ogos ini, setiap Isnin hingga Khamis, pukul 7.30 malam menerusi saluran TV1, RTM memberi peluang kepada penonton untuk menghidupkan impian Afrika dengan mengikuti kerja yang menakjubkan dari sekumpulan orang yang sangat istimewa iaitu Reserve Game Shamwari Afrika Selatan.

Menariknya kerjaya dan kehidupan seharian mereka dalam ruang lingkup yang sama iaitu tempat kerja mereka adalah 45,000 ekar padang pasir yang penuh dengan haiwan yang paling luar biasa di dunia. Kediaman mereka dikelilingi oleh pagar elektrik - ia satu-satunya cara untuk memelihara singa dan gajah.

Kehidupan seharian mereka membawa bersama senapang patah dengan pasukan penangkap. Risikonya hanya dengan sedikit kecuaian boleh mengundang bahaya yang tidak diduga. Di persekitaran mereka ada hospital haiwan dan banyak momen istimewa dapat diluangkan bersama untuk menjaga hidupan liar yang tiada keluarga dan cedera.

Cabaran demi cabaran ditempuhi pasukan bertugas membawa penonton mengikuti permainan harian untuk mengetahui lebih lanjut mengenai ciri-ciri unik haiwan Afrika yang menakjubkan.

Bersama doktor haiwan, Dr. Johan Joubert yang berkongsi kisah pekerjaan yang paling berbahaya di dunia di mana pesakitnya termasuk beberapa haiwan paling merbahaya di dunia seperti singa, harimau, badak dan kerbau.

Antara cabaran yang perlu dihadapi oleh petugas-petugas di safari tersebut tentang rawatan diberi kepada anak zirafah yang tidak sihat ketika dilahirkan, dijaga sehingga boleh berlari dan makan, badak sumbu yang sakit dirawati seekor anak gajah yang dikakinya terikat wayar besi dibantu dan seekor kucing liar ditangkap oleh peladang dan diambil oleh petugas untuk dilepaskan semula ke hutan.

Kisah binatang yang diselamatkan iaitu kerbau dipindahkan untuk genetik anak gajah dibantu untuk dipulihkan setelah ibunya mati, cara memindahkan badak sumbu putih dan singa yang terpaksa ditembak ubat tidur menggunakan senapang dan perpindahan binatang perlu disegerakan untuk mengelakkan kematian.

Turut dikongsikan cabaran mengatasi bagaimana kawasan penternakan dan perladangan dibantu oleh pasukan petugas daripada dimusnahkan oleh binatang-binatang termasuklah kucing liar yang mengganggu hidup petani, menangani gajah mencabut pokok-pokok yang ditanam peladang, gajah, seladang dan rhino (badak sumbu) dipindahkan ke kawasan yang lebih sejuk untuk mengelakkan musim kemarau yang bakal panjang.

Di samping itu dipaparkan juga kisah binatang-binatang yang dibawah penyeliaan mereka mengajar anak gajah yang ditinggalkan kumpulannya menyesuaikan diri dengan alam persekitarannya, singa dipindahkan ke kawasan lain untuk memastikan pembiakan dan pertambahan bilangan badak sumbu yang berpindah perlu dibantu kerana ditakuti jatuh dan mati dan gizzelle bertarung untuk menarik perhatian gizzelle betina.

Petugas turut menggunakan helikopter dan trak untuk memantau binatang-binatang yang pindah ke kawasan baru. Anak singa dijaga dan dipelihara dan kemudiannya dipulangkan ke dunia liar. Antara binatang yang dipindahkan ialah kerbau, badak dan anjing hutan. Teknik lain digunakan memindahkan binatang seperti rusa yang dipanggil konsep 'fly.'

Selain daripada menjalankan tugas menjaga binatang di safari ini, mereka bertanggungjawab membawa dan memberi penerangan kepada pelajar-pelajar yang ingin belajar mengenai binatang. Menyelamatkan antelope yang sakit lutut lantas tidak dapat mengikuti kumpulan mereka untuk berpindah ke tempat yang lebih baik. Bangkai rhino yang mati dibuat kajian. Sikap binatang hyena yang dapat mencium bau bangkai dan darah dari jauh.

Ikuti juga perkongsian sedih petugas tentang anak badak sumbu yang tercedera terpaksa dimatikan kerana keadaan menjadi terlalu teruk dan suasana sedih menyelubungi Shamwari.

Bagi mereka yang tidak sempat untuk menonton di TV, mereka berpeluang menontonnya menerusi portal online, Myklik (myklik.rtm.gov.my). Rancangan ini juga dapat ditonton melalui rtm mobile. Muat turun aplikasinya di Google Play dan App Store.   

 

 

 

Print