Article

SIARAN MEDIA - KL2017

Last modified on .

 

KL2017: Siaran Langsung dan Laporan Harian Di RTM   

KUALA LUMPUR, 18 Ogos 2017 – Radio Televisyen Malaysia (RTM) menjadi hos penyiar Sukan SEA ke-29, temasya dwi tahunan terbesar bagi rantau Asia Tenggara bakal berlangsung di Kuala Lumpur dari 19 hingga 31 Ogos 2017.  

RTM menerusi saluran TV1, TV2 dan TVi akan menyiarkan liputan sukan yang diadakan gilang gemilang ini bermula obor dinyalakan sehingga majlis penutupan. Saluran TV2 menyemarakkan sambutan dengan menyiarkan Siaran Langsung Pembukaan Rasmi pada 19 Ogos ini, pukul 9.00 malam.

Laporan dan liputan pula disiarkan menerusi beberapa sesi termasuklah Sesi Pagi; pukul 09.00 pagi hingga 12.00 tengah hari (TV2), Sesi Petang; 2.00 hingga 5.00 petang (TV1), Versi B. Inggeris; 5.30 petang hingga – 7.30 malam (TV2) dan Sesi Malam; pukul 11.00 malam hingga  12.30 tengah malam (TV1).

Sementara itu radio Nasional FM akan menyampaikan liputan menyeluruh sepanjang Sukan Sea berlangsung manakala KL FM, Traxx FM, Minnal FM, Ai FM dan Asyik FM akan turut serta dalam menyampaikan maklumat dan perkembangan terkini pencapaian atlet negara.

Menariknya, RTM turut menawarkan perkhidmatan tontonan secara atas talian melalui laman sesawang penstriman My Klik dan aplikasi mudah alih melalui rtm mobile. Muat turun aplikasinya di Google Play dan App Store.   

Menggunakan tagline #BangkitBersama, barisan 11 pengulas sukan SEA dipilih antaranya Azlan Mubin, Izwan Mohd Nor, Rasdi Jumaat, Wan Nazrul Aisham, Nazrie Fahmi Shukri, dan Jeed Zulkifli, akan berkongsi pungutan pingat terkini dan rekod baharu yang dicipta bersama penonton setia RTM.

Bersama semarakkan KL2017 yang mempertandingkan 38 jenis sukan melibatkan 405 acara ini bersama RTM.

- ### -

 

Print