Article

SIARAN MEDIA - Detectives & Doctors

Last modified on .

 

Kisah Rampasan Kuasa Dalam “Detectives and Doctors”, Slot Golden Phoenix di TV2

KUALA LUMPUR, 06 September 2017 – Penyiasatan kes rampasan kuasa dengan meracuni Maharaja oleh seorang penyiasat handal dibantui oleh seorang doktor buta melatari drama bersiri klasik Mandarin bertajuk “Detectives and Doctors”  yang disiarkan Radio Televisyen Malaysia (RTM) mulai 11 September ini, setiap Isnin hingga Jumaat, pukul 5.00 petang menerusi TV2.

Mengisi slot Golden Phoenix yang banyak menyiarkan drama bersiri Mandarin terbaik sebelum ini, 43 episod siri dilancarkan dalam 3D ini dibintangi oleh Raymond Lam (Liu Shan Men), Zhang Xiao Long, Zhang Meng (Sword of Legends) dan Lan Xi.

Ia seni bela diri yang hebat berdasarkan novel klasik Gu Long mengangkat kisah Lu Xiaofeng, seorang protagonis yang terkenal di alam semesta Gu Long, kerana dia menyiasat penyakit luar biasa yang melanda maharaja. Sepanjang perjalanan, dia menjalin persahabatan dengan doktor terkenal Hua Manlou, Xi Men Chui Xue dan Ah Xin, seorang wanita yang mencintainya tanpa syarat.

Kisahnya berkembang dengan watak utama Lu Xiaofeng mendapat tugas untuk menyiasat kes maharaja yang tiba-tiba menderita penyakit misteri. Dalam penyelidikannya, Lu Xiaofeng bertemu dengan seorang puteri bernama Shangguan Danfeng dari Kerajaan Burung Emas yang memberitahu bahawa penyakit yang diderita oleh maharaja bukan penyakit biasa tapi kerana racun yang dibuat oleh tiga orang penghianat kerajaan.

Ketiga-tiga penghianat itu kemudian diketahui bersembunyi di Ibu Kota Kerajaan Burung Emas. Lu Xiofeng dengan dibantu oleh sahabatnya Si Doktor Buta bernama Hua Manlou dan Pendekar Ximen Chuixue kemudian berangkat bersama sang puteri ke Kerajaan Burung Emas untuk menangkap tiga penghianat tersebut.

Sepanjang perjalanan ke Kerajaan Burung Emas, mereka menghadapi pelbagai ancaman dan mara bahaya, serta percintaan tiga segi yang tak terduga.

Setelah tiba di Kerajaan Burung Emas, Lu Xiaofeng berhasil menangkap kesemua penghianat yang meracuni maharaja. Namun cerita belum selesai, kerana muncul kes lain pula. Ternyata ketiga-tiga orang itu bukan penghianat, sebaliknya mereka adalah kumpulan yang berusaha menyelamatkan kerajaan kerana maharaja yang ada dalam kerajaan bukan maharaja yang sebenarnya.

Di manakah maharaja yang sebenarnya? Siapakah Puteri Shangguan Danfeng tersebut? Apa yang sebenarnya terjadi dalam Kerajaan Burung Emas?

Bagi mereka yang tidak sempat untuk menonton di TV, mereka berpeluang menontonnya menerusi portal online, Myklik (myklik.rtm.gov.my). Rancangan ini juga dapat ditonton melalui rtm mobile. Muat turun aplikasinya di Google Play dan App Store.  

 

- ### -

 

Print