Saiz Teks

A- A A+

Pilihan Warna

A A

settings

A- A A+
A A

Article

SIARAN MEDIA - Hatinya Bersalut Emas

Last modified on .

 

Adeline Tsen Pejuang Tanah Pusaka Dalam Telemovie “Hatinya Bersalut Emas” Di TV1

 

KUALA LUMPUR, 16 Januari 2018 – Menerusi telemovie bertajuk “Hatinya Bersalut Emas” yang bakal bersiaran di Radio Televisyen Malaysia (RTM) pada 27 Januari ini, pukul 10.00 malam mengisi slot Panggung Seri di TV1, penonton berpeluang menyaksikan sisi berbeza pelakon Adeline Tsen membawakan watak seorang gadis cekal yang bersungguh memperjuangkan tanah pusaka penduduk kampungnya daripada tergadai kepada pihak yang tidak bertanggungjawab.

Menghidupkan watak utama bernama Moi, anak seorang wakil rakyat yang cuba membantu seorang pemuda mempertahankan hak orang kampung, telemovie ini turut menampilkan pelakon Mohd Firdaus Dato Seri Haji Jenar, Rosmin Kasmin, Mohd Soley Maubil dan Halimah Binti Alias @ Tok Wan Astro.

Ikuti perjalanan kisah tentang Baruang, seorang pemuda kampung yang tinggal bersama emaknya. Dia tidak berpelajaran dan hanya tahu membuat kerja-kerja kampung. Budak-dudak kampung memang sukakan Baruang kerana dia baik hati.

Di kampungnya terdapat tanah adat yang sangat luas tetapi tidak diusahakan oleh orang-orang kampung kerana tidak mendatangkan hasil. Baruang bercita-cita menjadi pemandu lalu dia mengambil lesen memandu di sebuah sekolah memandu.

 Di sini dia telah berkenalan dengan Moi, seorang anak wakil rakyat yang memahami kesulitan orang-orang kampung. Setelah mendapat lesen memandu, Baruang ke bandar untuk mencari kerja dan menumpang di rumah kawannya.

Dalam masa yang sama seorang usahawan, Rasdani bercadang membeli tanah-tanah di kampung Baruang untuk dijadikan sebagai kawasan agro pelancongan. Setelah membantu Rasdani dan konco-konconya dari dirompak, Baruang diambil bekerja sebagai pemandu oleh Rasdani.

Baruang pulang ke kampung setelah mengetahui emaknya dipatuk ular seterusnya meninggal dunia. Setelah emaknya tiada, dia berazam untuk tinggal di kampung dan menjaga tanah peninggalan orang tuanya.

Moi bercadang menubuhkan NGO bagi menolong orang-orang kampung dan mahu Baruang membantunya. Moi dan Baruang dapat menghalang orang-orang kampung daripada menjual tanah dan berjaya menukar tanah-tanah terbiar itu menjadi sawah yang sangat subur.

Bagi anda yang tidak sempat untuk menonton di TV, anda berpeluang menontonnya menerusi portal online, Myklik (myklik.rtm.gov.my). Rancangan ini juga dapat ditonton melalui rtm mobile. Muat turun aplikasinya di Google Play dan App Store.

- ### -

 

 

 

Print Email

offcanvas