Saiz Teks

A- A A+

Pilihan Warna

A A

settings

A- A A+
A A

Article

SIARAN MEDIA - Wira Insan

Last modified on .

 

‘Erti Cinta Sebenar’ Dalam Telemovie “Wira Insan” Di TV1

 

KUALA LUMPUR, 24 Januari 2018 – Konflik antara persahabatan dan cinta tiga segi antara tiga sahabat karib diangkat sebagai jalan cerita telemovie bertajuk “Wira Insan” yang bakal disiarkan Radio Televisyen Malaysia (RTM) pada 3 Februari ini, pukul 3.05 petang menerusi saluran TV1.

Meskipun menggunakan platform plot cinta tiga segi namun telemovie arahan Marzunaidi Mat Noh ini mendorong kepada menyuntik semangat cintakan negara dan erti persahabatan lebih mulia berbanding mengejar cinta wanita semata.

Wira Insan menampilkan lakonan mantap Wan Raja, Ezany Nizariff, Reen Rahim, Zaliey Suhaili dan Nor Hanan menyorot perjalanan kisah watak utama iaitu Suri dan Wira, sangat meminati dunia ketenteraan manakala sahabat mereka Insan memasuki dunia tentera dengan harapan dapat memikat Suri.

Kisah tiga sahabat baik sejak di bangku persekolahan iaitu Wira, Insan dan Suri. Wira dan Suri menyambung pelajaran di UUM dan kedua-dua mereka memasuki pasukan askar PALAPES. Insan pula bekerja dengan syarikat ayahnya.

Insan menaruh hati pada Suri tetapi sebaliknya Suri memendam cinta pada Wira. Sikap Insan membuatkan Suri berbelah bagi antara hubungan persahabatan dan cinta. Insan memasuki pasukan askar WATANIAH bagi menambat hati Suri. Beliau cemburu dengan sikap Suri yang rapat dengan Wira.

Kemudian Suri dan Wira yang berkhidmat di Rejimen 513, ditugaskan pula ke pasukan WATANIAH tersebut sebagai Leftenan Muda dan menjadi ketua kepada platun Insan. Insan mula dingin dengan Wira apabila mengetahui yang Suri mencintai Wira. Wira pula dalam dilema antara untuk menerima cinta Suri atau berkorban terhadap Insan yang telah banyak membantunya selama ini.

Wira sanggup berundur dari terlibat dalam percintaan demi persahabatannya dengan Insan. Wira menganggap Suri seperti adik-beradiknya sendiri dan menolak cinta Suri. Begitu juga dengan Insan yang lebih mementingkan kecintaan kepada negara dari memilih Suri.

Suri kecewa dengan keputusan Wira dan cuba beralih kepada Insan, namun Insan juga mengutamakan nilai persahabatan berbanding percintaan. Wira berjaya dalam bidang ketenteraan, Insan pula menerajui syarikat milik ayahnya manakala Suri bertugas sebagai seorang guru.

Bagi anda yang tidak sempat untuk menonton di TV, anda berpeluang menontonnya menerusi portal online, Myklik (myklik.rtm.gov.my). Rancangan ini juga dapat ditonton melalui rtm mobile. Muat turun aplikasinya di Google Play dan App Store.

- ### -

 

Print Email

offcanvas