Saiz Teks

A- A A+

Pilihan Warna

A A

settings

A- A A+
A A

Newspaper Cutting

Bernama: Pensyarah Vokal Dan Penyanyi Bantu Peserta Bintang RTM 2016

Last modified on .

 

 

KUALA LUMPUR, 26 Jan (Bernama) -- Peserta Bintang RTM 2016 akan menerima tunjuk ajar daripada guru vokal dan penyanyi, Dia Fadila serta Man Felda bagi memantapkan persembahan mereka.

Pengarah Program TV RTM Norliza Ali berkata pada masa sama, peserta juga akan diberi pendedahan dan pengalaman sebenar dalam industri muzik.

"Bagi tahun ini, seramai 14 peserta terbaik telah dipilih pihak penerbitan Bintang RTM melalui uji bakat yang diadakan dari 13 Nov hingga 20 Dis tahun lepas," katanya yang ditemui pada program Santai Bersama Media di Angkasapuri di sini hari ini.

Norliza juga berkata daripada segi pengadilan, RTM mengekalkan peraturan yang sama iaitu ia akan diadili tiga juri - dua juri tetap dan seorang juri jemputan.

Konsert pengenalan Bintang RTM 2016 akan bermula Sabtu ini yang akan bersiaran pada pukul 9 malam, dan peringkat suku akhir sehingga malam kemuncak pertandingan itu akan diadakan secara langsung dari Auditorium Perdana, Angkasapuri.

Beliau berkata orang ramai boleh melayari Facebook Bintang RTM 2016, Instagram dan Twitter bersama tagline 'Ini Baru Bintang' dan #brtm2016 dan #inibarubintang untuk mendapatkan maklumat mengenai pertandingan itu.

-- BERNAMA

Print Email

offcanvas