Saiz Teks

A- A A+

Pilihan Warna

A A

settings

A- A A+
A A

Newspaper Cutting

Bernama: TKP Bernama, Mokhtar Dianugerahkan Gelaran Datuk

Last modified on .

 

 


PUTRAJAYA, 1 Feb (Bernama) -- Timbalan Ketua Pengarang (TKP), Perkhidmatan Berita Dalam Negeri, Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama), Mokhtar Hussain, dianugerahi darjah kebesaran Panglima Mahkota Wilayah (PMW) yang membawa gelaran Datuk sempena Hari Wilayah Persekutuan, hari ini.

Mokhtar, 55, yang juga Presiden Kelab Akhbar Kebangsaan (NPC), mempunyai kelulusan ijazah sarjana dalam bidang Undang-undang Perniagaan dari Universiti Kebangsaan Malaysia dan Sarjana Falsafah Perundangan dari Universiti Malaya.

Sebelum dilantik sebagai TKP Perkhidmatan Berita Dalam Negeri pada 9 Dis 2014, beliau memegang jawatan Timbalan Ketua Pengarang Unit Audio Visual selain pernah bertugas sebagai pengarang meja berita am.

Selain itu, tiga pengamal media menerima bintang Ahli Mahkota Wilayah (AMW) iaitu Ketua Biro Berita Harian Putrajaya R. Magendran; Pengarang Sukan Kosmo, Asan Ahmad @ Hassan Ibin; dan wartawan kanan Sin Chew, yang juga Presiden Kesatuan Wartawan Kebangsaan (NUJ), Chin Sung Chew.

Manakala dua lagi pengamal media menerima pingat Pangkuan Mahkota Wilayah (PPW) iaitu Penerbit Rancangan RTM, Mohammad Rozi Kamis dan wartawan Utusan Malaysia, Norlizah Abas.

Sementara itu, Pengarah Media Pejabat Perdana Menteri, Datuk Tengku Sariffuddin Tengku Ahmad, yang juga bekas wartawan kanan New Straits Times, dianugerahkan pingat Darjah Seri Mahkota Wilayah (SMW) yang membawa gelaran Datuk Seri.

Turut menerima anugerah tersebut ialah Senator Datuk Boon Som Inong , yang merupakan bekas wartawan Agensi Berita Iran dan Agensi Berita Kuwait (KUNA), dan kini Penasihat Penyelaras Pembangunan Masyarakat Siam Pendang.

Istiadat penuh pengurniaan darjah kebesaran akan disempurnakan oleh Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah di Istana Negara, Jalan Duta di Kuala Lumpur, pada hari ini dan Rabu ini.

Penganugerahan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Wilayah Persekutuan yang bermula sejak tahun 2008 bertujuan menghargai dan mengiktiraf sumbangan, jasa serta khidmat cemerlang warga dalam Wilayah Persekutuan termasuk mereka yang bukan bermastautin di wilayah ini.

-- BERNAMA

Print Email

offcanvas