Saiz Teks

A- A A+

Pilihan Warna

A A

settings

A- A A+
A A

Newspaper Cutting

Bernama: Tiga Lelaki Dikehendaki Bantu Perbicaraan Kes Mahkamah Alor Setar

Last modified on .

 

KUALA LUMPUR, 14 (Bernama) -- Tiga lelaki termasuk seorang warga India dikehendaki bagi membantu perbicaraan berhubung kes rasuah, di Mahkamah Seksyen Khas Rasuah Alor Setar, Kedah pada 24 Februari depan.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam kenyataan hari ini menyebut individu yang sedang dikesan ialah dua warga tempatan dikenali sebagai Muhammad Iqbal Fiezzrey Hasnal Ishak (No Kad Pengenalan: 879226-09-5065) dan Azmir Mohamed Kamal Ali (851211-02-6055).

Manakala seorang warga India dikenali sebagai Mohammed Imran Ali, pemegang pasport bernombor F 9715647, yang beralamat terakhir di Lorong Mahsuri 3, Kuah, Langkawi.

"Alamat terakhir bagi Iqbal dan Azmir masing-masing di No. 33, Aras 4, Apartment Casablanca, Langkawi dan No. 5202, Apartment Seri Lagenda, Jalan Penarak, Langkawi, Kedah," menurut kenyataan itu.

Sehubungan itu, SPRM meminta ketiga-tiga individu terbabit atau mana-mana pihak mempunyai maklumat mengenai mereka agar menghubungi pegawai penyiasat Ps Azaha Lias dan PPs. Muhammad Nur Ikram Ali, masing-masing di talian 012-4905986 dan 012-4641216 atau emel This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. atau This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

-- BERNAMA

Print Email

offcanvas