Terlebih dahulu, Jabatan Penyiaran Malaysia (RTM) mengucapkan terima kasih kerana menonton dan memberi maklum balas mengenai rancangan dalam slot berkenaan yang disiarkan setiap Isnin pada pukul 10 malam.

Slot itu sememangnya menampilkan filem-filem klasik lakonan Allahyarham Tan Sri P. Ramlee dan terdapat senarai panjang yang dikemukakan oleh syarikat pembekal, namun kualiti yang ada pada bahan tersebut tidak memuaskan.

Biar pun pihak RTM sedia maklum tentang pengulangan filem P. Ramlee kerap berlaku, kami berusaha untuk menambah baik penjadualan siaran Saluran TV2.

Terima kasih kerana menonton program-program yang disiarkan di Saluran TV2. Cadangan dan pandangan BELALANG berkenaan hal itu akan kami usulkan kepada pengurusan tertinggi RTM untuk dipertimbangkan.

JABATAN PENYIARAN MALAYSIA

Kuala Lumpur