Kapten Utusan FC, Sophian Jamaluddin menyeru rakan sepasukannya agar memberi aksi terbaik dan tidak memandang mudah keupayaan lawan.

“Kita pernah bertemu MPPA dua kali dalam saingan liga yang menyaksikan kedua-dua perlawanan itu kita beroleh kemenangan namun kali ini peringkat kalah mati merupakan pentas berbeza.

“Jadi saya harap rakan-rakan pasukan tidak memandang mudah keupayaan pasukan lawan yang kini diperkuatkan dengan muka-muka baharu. Dari segi undian kita mempunyai peluang cerah untuk melangkah ke pentas final,” katanya.

Sekiranya Utusan FC dapat menumpaskan MPPA, lawan yang bakal menanti di peringkat separuh akhir adalah di antara NSTP SC atau Bernama.

Pertandingan edisi pertama piala ini membabitkan lapan pasukan iaitu NSTP SC, Utusan FC, RTM FC, MPPA, Bernama, Astro Awani FC, TV3 FC dan The Sun.

Kelab Editorial Utusan Malaysia merupakan penganjur kejohanan yang kali pertama diadakan itu dengan Almas menjadi penaja utama.