Saiz Teks

A- A A+

Pilihan Warna

A A

settings

A- A A+
A A

Newspaper Cutting

Utusan : Jurukamera RTM Mangsa Tembakan Rambang

Last modified on .

PULAU PINANG, 1 Disember - Seorang jurukamera sambilan yang bertugas dengan RTM menjadi mangsa tembakan rambang berhampiran Pusat Komersial E-Gate, di sini, petang tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 7.15 petang itu, mangsa Mohamad Amirul Amin Amir, 27, dipercayai sedang menaiki motosikal bersama seorang rakannya menuju ke Tapak Pesta Pulau Pinang sebelum terkena tembakan di bahu kiri.

Mangsa sebelum itu memberhentikan motosikalnya untuk melihat satu kemalangan di Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu sebelum ditembak lelaki tidak dikenali. Dia yang cedera parah dihantar ke Wad Kecemasan Hospital Pulau Pinang dan keadaannya dilaporkan stabil.

Difahamkan tiga mangsa terbunuh dalam insiden tembakan itu yang turut mencederakan seorang pegawai kanan Tenaga Nasional Berhad Pulau Pinang. 

 

Sumber : http://www.utusan.com.my

Print Email

offcanvas