“Ia juga perlu dianggotai oleh pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang memperjuangkan isu alam sekitar, pemaju dan rakyat. Pencemaran dapat dikurangkan jika perancangan awal dibuat menerusi jawatankuasa ini yang mengambil serius isu alam sekitar,” katanya.

Diskusi ilmu bertajuk Pencemaran Alam Sekitar: Tiada Penyelesaian? itu dihadiri lebih 500 orang terdiri daripada warga universiti tersebut serta kakitangan pelbagai agensi kerajaan.Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas program Advokasi Ilmuwan Majlis Profesor Negara (MPN) bersama Utusan Malaysia dan Radio Te­levisyen Malaysia (RTM) dengan kerjasama UMP di Dewan Astaka UMP kampus Gambang, di sini hari ini.

Selain Mashitah, dua lagi ahli panel yang mengupas tajuk ber­kenaan ialah Pengarah Jabatan Alam Sekitar (JAS) negeri, Rosli Zul dan pensyarah Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof. Datuk Dr. Mazlin Mokhtar manakala Sayed Munawar Sayed Mohd. Mustar dari RTM selaku moderator.

Yang hadir sama, Ketua Pegawai Eksekutif MPN, Prof. Datuk Dr. Raduan Che Ros; Penolong Ketua Pengarang Kumpulan Utusan, Datuk Hassan Mohd. Noor dan Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) UMP, Prof. Datuk Dr. Rosli Mohd. Yunos.

Mengambil contoh isu tiga kanak-kanak lemas dalam kolam bekas lombong bauksit di daerah ini baru-baru ini, Mashitah berkata, kejadian itu mungkin tidak akan berlaku jika langkah-langkah keselamatan dan pencegahan dilakukan.

“Semuanya telah ditulis di dalam syarat lesen. Sepatutnya apabila lubang dikorek, ia perlu ditutup kembali tetapi perkara tersebut tidak dilakukan. Sekiranya langkah awal diambil, kejadian seperti itu mungkin dapat dielakkan,” katanya.

 

 

Sumber : http://www.utusan.com.my