Saiz Teks

A- A A+

Pilihan Warna

A A

settings

A- A A+
A A

Newspaper Cutting

Utusan : Bidang Penyiaran Semakin Kritikal, Kompleks - Salleh

Last modified on .

KUALA LUMPUR, 11 April - Cabaran dalam bidang penyia­ran semakin kritikal dan kompleks dengan revolusi era digital serta ledakan informasi yang dialami seluruh dunia kini.

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Dr. Salleh Said Keruak berkata, saluran televisyen Radio dan Televisyen Malaysia (RTM) perlu melakukan kajian dan memberikan perhatian yang serius terhadap minat dan selera orang ramai serta tahap kepuasan mereka agar saluran tersebut terus menjadi pilihan dan sentiasa relevan.

“Ini adalah kerana sesuatu kaedah, persembahan atau penyampaian yang pada suatu musim menjadi minat dan kegilaan khalayak, mungkin tidak lagi sesuai dengan selera dan minat mereka di musim yang lain.

“Saya percaya warga RTM telah bersedia dan sudah pun mengadaptasikan minda dan budaya kerja mereka kepada perubahan kerja di era digital ini, lebih-le­bih lagi apabila RTM berpindah dari analog kepada pendigitalan tidak lama lagi,” kata­nya dalam Majlis Perhimpunan Hari RTM ke-71 di sini hari ini.

Yang turut hadir, Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Jailani Johari dan Ketua Pengarah RTM, Datuk Abu Bakar Ab. Rahim.

Tambah Salleh, transformasi yang telah diperkenalkan dan dilaksanakan di RTM harus diteruskan meskipun pembaharuan yang dibuat melalui radio, TV dan media baharu RTM amat memberangsangkan ter­utamanya dari segi teknik penyampaian, reka bentuk set, keterampilan penyampaian dan kualiti kandungan.

“Namun, momentum perubah­an tidak boleh berhenti di sini kerana perubahan itu sesuatu yang dinamik. Transformasi yang telah diperkenalkan dan dilaksanakan di RTM harus diteruskan.

“Transformasi dalam bidang penyiaran bukanlah satu usaha yang mudah dengan banyak halangan dan cabaran yang ditempuhi perlu ditempuhi dalam kembara transformasi ini,” katanya.

 

 

Sumber : http://www.utusan.com.my

 

Print Email

offcanvas