Sultan Muhammad V sebelum ini telah mengangkat sumpah ja­watan dan menandatangani surat sumpah jawatan pada 13 Disember 2016 yang telah mengukuhkan dan memberi legitimasi kepada kedudukan Yang di-Pertuan Agong sebagai ketua negara.

Pertabalan Sultan Muhammad V itu merupakan kali kedua Sultan Kelantan ditabal sebagai Yang di-Pertuan Agong selepas nenda Seri Paduka, Sultan Yahya Petra Ibni Almarhum Sultan Ibrahim ditabal sebagai Yang di-Pertuan Agong Ke-6 dan memerintah dari 21 September 1975 hingga 29 Mac 1979. – BERNAMA

 

Sumber : http://www.utusan.com.my