Kemunculan Eman Manan sering dapat dilihat dalam cerita-cerita yang berat dan setiap kali ada rumah produksi yang mahu mengarahkan kisah sebegitu, pasti namanya menjadi senarai teratas.

Ketika bertemu empat mata dengan lelaki bertubuh tinggi lampai ini, dia memberitahu, sebenarnya tidak pernah meletakkan sebarang syarat atau kriteria dalam memilih naskhah.