Newspaper Cutting

Utusan : AKPK Bantu 580,109 Individu Sejak 2006

Last modified on .

KUALA LUMPUR, 9 Jun - Le­bih 580,109 orang yang me­ngalami pelbagai masalah kewangan telah dibantu Agensi Kaunseling dan Pe­ngurusan Kredit (AKPK) sejak ditubuhkan pada 2006.

Ketua Pegawai Ekseku­tifnya, Azzaddin Ngah Tasir berkata, mereka di­bantu dengan diberikan kaunseling untuk membuat keputusan kewangan secara bijak melalui inisiatif pendidikan kewangan yang komprehensif.

“Daripada jumlah tersebut, sebanyak 185,304 orang dibantu menguruskan kewangan mereka di bawah Program Pengurusan Kredit (PPK). Sehingga 31 April lalu, terdapat sebanyak 13,794 kes PPK dengan jumlah ke­seluruhan bernilai RM561 juta,” katanya selepas Majlis Berbuka Puasa AKPK bersama petugas media di sini, hari ini.

Majlis dengan kerjasama RTM untuk rakaman program X-Presi Raya 2017 dan Raudah Khas Raya itu, menampilkan penceramah terkenal, Datuk Mohd. Kazim Alias. Yang hadir sama, Penolong Gabenor Bank Negara, Abu Hassan Al Shari Yahaya.

Azzaddin berkata, antara faktor yang menyumbangkan kepada masalah hutang dan tidak membayar balik pinjaman adalah pengurusan kewangan lemah, tiada pengetahuan merancang ke­wangan dan tidak hidup mengikut kemampuan ke­rana tahap disiplin rendah.

“Terdapat juga kes berlaku akibat faktor luar jangkaan seperti masalah kesihatan, kematian pencari nafkah, kehilangan pekerjaan dan kegagalan perniagaan,” katanya.

Beliau berkata, antara bantuan disediakan oleh AKPK menstruktur semula pinjaman perumahan, kenderaan, pinjaman peribadi atau baki tertunggak kad kredit yang diperoleh daripada penyedia kewangan di bawah kawalan Bank Negara Malaysia.

 

 

Sumber: http://www.utusan.com.my

Print