Gerak Khas pun memang sudah ada pengikut setia sejak disiarkan di RTM belasan tahun yang lalu. Walaupun sudah bertukar ganti dengan puluhan pelakon selama bersiaran, penonton tidak pernah jemu melihatnya.

Tentu sahaja formula yang dibuat oleh Datuk Yusof Haslam sejak awal menjadi. Bukan senang nak membikin drama yang menarik tetapi dalam masa yang sama menjaga tata susila Polis DiRaja Malaysia (PDRM). Ini yang hebat kalau menyebutkan Gerak Khas.

Dengan kemunculan Erra tentu sahaja akan menjadi daya penarik. Erra sendiri lasak dan sudah ada pengalaman dalam drama begini, tak ada masalah besar untuknya menggalas tanggungjawab sebagai salah seorang ASP Maria.

 

Kalau nak tahu, dulu Mary Jane memang antara peminat Gerak Khas The Movie. Waktu ditayangkan di pawagam pada 2001, semua orang memenuhi panggung semata-mata nak tengok Erra, Rosyam Nor, Abby Abadi dan Norman Hakim berlakon.

Mary Jane hampir-hampir potong rambut pendeklah sebab nak ikut imej Erra ketika itu. Dan, tidak boleh dinafikan juga, kecantikan dan kejelitaan yang Mary Jane warisi hari ini juga sedikit sebanyak hasil mencontohi diri Erra. Dia sentiasa jelita, bergaya dalam apa juga suasana, walaupun usia dah masuk empat dekad tu.

Ha...Mary Jane kena ucaplah terima kasih banyak-banyak tau Kak Erra sebagai kenang jasa dia dalam mencantikkan ramai wanita dalam negara kita, macam kita.