“Biasalah masa tu kecil lagi. Kami beraya cuma sekadar ingin mengumpul duit raya. Kerana itu, kami akan pergi beraya walaupun tak kenal dengan tuan rumah.

“Nak dijadikan cerita satu hari, kami pergi beraya ke sebuah rumah yang agak besar yang terletak di Ampangan. Disebabkan rumah tersebut besar, kami pun sangat teruja.

“Sampai sahaja di hadapan pintu, kami dipelawa masuk dan menikmati makanan yang di hidang di atas meja. Sedang enak menikmati kuih raya, mata saya terpandang sebiji kek yang terletak di tengah-tengah meja.