NSTP dianggap pasukan paling mencuri tumpuan pada hari pertama kejohanan apabila melakar kejutan terbesar setelah menewaskan juara bertahan RTM FC dengan kemenangan bergaya 4-1 dalam kempen Kumpulan A.

Satu lagi perlawanan dalam kumpulan sama menyaksikan Bernama FC sekadar terikat 1-1 dengan pendatang baharu The Sun FC.

Sementara itu dalam Kumpulan B, naib juara edisi sulung MFL, Utusan memperoleh kemenangan percuma 3-0 selepas pasukan lawan, MPPA FC gagal menghadiri perlawanan.

 

Satu lagi perlawanan dalam kumpulan itu menyaksikan TV3 melakar kemenangan tipis 1-0 ke atas Awani FC untuk mengutip tiga mata penuh.

Semua perlawanan berlangsung di padang Lembaga Getah Malaysia (LGM) di Sungai Buloh.