Mind Reading Councel - New Book Release

Hebahan Buku Baharu : Dengan Atau Tanpamu

Last modified on .
 
Membaca Menyuluh Minda - Hebahan Buku Baru

Sukacita dimaklumkan bahawa Pusat Sumber Maklumat (PSM) telah memperoleh buku baru bersedia untuk rujukan dan pinjaman seperti berikut:-

 
 
 
 
Judul                    : Dengan Atau Tanpamu
Pengarang          : Cik D
Tahun Terbitan : 2016
No. Panggilan    : M Fic  CIK  2016
Sinopsis:
 
Dian Fatihah kata Jeffry Azman, cucu jiran sebelah merangkap abang angkatnya itu gila kerana meminangnya tiba-tiba. Tambah gila bila lelaki itu terus mendesaknya untuk menjalin satu hubungan yang bagi Dian mustahil untuk dilaksana. Alasan demi alasan Dian cipta demi menyelamatkan diri daripada jodoh tak diundangnya itu. Tak dijangka, hadir Adryan Umar, jejaka tampan yang merupakan anak kepada kenalan Dian dan mamanya sewaktu di Tanah Suci. Kehadirannya buat hati Dian tak tenteram di tempatnya. Tambah tak tenteram bila dengan tiba-tiba kunjungan mengejut Adryan bersama uminya, berubah menjadi sesi peminangan tidak rasmi buat dia. Antara jodoh tak dijangka dengan jodoh tak diundang, Dian lebih yakin untuk memilih jodoh tidak dijangkanya.Walaupun pertemuan singkatnya bersama Adryan Umar hanyalah satu kebetulan, pada Dian sudah cukup untuk dia meyakinkan hati yang sudah mula tertarik dengan peminangan ikhlas lelaki dari negeri Jelapang Padi itu. Pinangan Adryan Umar, anak kepada Hajah Rashidah diterima tanpa prejudis, seterusnya menolak Jeffry dari meneruskan hasratnya mahu memiliki gadis itu. Cinta cuba disulam walaupun dalam hati masih belum terbit perasaan cinta.
 
 
 
 
Kami mengalu-alukan kunjungan YBhg Dato/Datin/Tuan/Puan ke PSM yang bertempat di Aras 2, Wisma Berita.
Untuk pertanyaan / maklumat lanjut, sila hubungi Pn. Asrina / Pn. Suriani di talian 03-22887603 / 7204.
 
Sekian, terima kasih.
 
Pusat Sumber Maklumat
Jabatan Penyiaran Malaysia

Print