Saiz Teks

A- A A+

Pilihan Warna

A A

settings

A- A A+
A A

Mind Reading Councel - New Book Release

Hebahan Buku Baharu : Kerana Dia Manusia Biasa

Last modified on .

"Membaca Menyuluh Minda" - Hebahan Buku Baharu  

Sukacita dimaklumkan bahawa Pusat Sumber Maklumat (PSM) telah memperoleh buku baru bersedia untuk rujukan dan pinjaman seperti berikut:-

 
 manusia biasa
Judul                     : Kerana Dia Manusia Biasa
Pengarang           : Wan Nur Najihah
Tahun Terbitan   : 2015
No. Panggilan     : M Fic WAN 2015
  
 
Sinopsis: 
 
Disebabkan kesilapan orang lain, Nurin Aira terpaksa menanggung fitnah dan umpatan orang luar. Pada usia yang muda, dia dengan rasa tanggungjawab memikul amanah menjaga Alia.Ditatang Alia dengan penuh kasih sayang yang bukan sedikit.
 
Tengku Shamil Zaquan. Kepergian isterinya membawa mendung ke dalam jiwanya. Lebih menyedihkan, isterinya pergi setelah diragut insan yang tidak berperikemanusiaan.
Dalam satu insiden yang memalukan, dia dan Nurin Aira disatukan dalam satu ikatan walau dalam hati, Tengku Shamil tidak pernah terfikir untuk menduakan arwah isterinya. Nurin Aira hanya pasrah dan berkorban demi menyelamatkan Tengku Shamil daripada bergelar anak derhaka. Namun pada pandangan Tengku Shamil, Nurin Aira hanya perempuan murahan.
 
Sakit, perit. Itulah yang dirasakannya. Nurin Aira reda. Segala kata hinaan lelaki itu diterimanya dengan hati yang terbuka. Bagi Tengku Shamil, Nurin Aira patut terima pembalasan akibat perbuatan jahat adik kandungnya sendiri. Dendamnya makin membara, apapun yang terjadi Nurin Aira perlu menderita. Itu tekadnya.
 
 
Kami mengalu-alukan kunjungan YBhg Dato/Datin/Tuan/Puan ke PSM yang bertempat di Aras 2, Wisma Berita.
Bersama-sama kita membaca memperkayakan minda ... siapa cepat, dia dapat ! 
Untuk pertanyaan / maklumat lanjut, sila hubungi Pn. Asrina / Pn. Suriani di talian 03-22887603 / 7204.
 
Sekian, terima kasih.
 
Pusat Sumber Maklumat
Jabatan Penyiaran Malaysia

Print Email

offcanvas