Saiz Teks

A- A A+

Pilihan Warna

A A

settings

A- A A+
A A

Mind Reading Councel - New Book Release

Hebahan Buku Baharu : 100 Akhbar Melayu

Last modified on .

"Membaca Menyuluh Minda" - Hebahan Buku Baharu  

Sukacita dimaklumkan bahawa Pusat Sumber Maklumat (PSM) telah memperoleh buku baru bersedia untuk rujukan dan pinjaman seperti berikut:-

 
100akhbarmelayu 
Judul                    : 100 Akhbar Melayu
Pengarang           : Hamedi Mohd Adnan
Tahun Terbitan   2015
No. Panggilan     : 070.572209595 HAM 2015
  
 
Sinopsis: 
 
Akhbar memainkan peranan yang besar terhadap perkembangan intelektual, sosial dan politik masyarakat Melayu. Akhbar bukan sahaja merakamkan peristiwa semasa yang berlaku, malahan mencerminkan tahap pemikiran dan kualiti masyarakat Melayu zaman dahulu dehingga kini, surat khabar yang diterbitkan dalam fasa-fasa kehidupan mereka wajar ditonjolkan.
 
Buku ini merakamnkan 100 buah akhbar yang telah, sedang, dan akan memainkan peranan penting dalam kelangsungan masyarakat Melayu. Sejak munculnya Jawi Peranakkan pada tahun 1876 hinggalah muncul Sinar Harian pada tahun 2006, hampir 300 buah khabar telah diterbitkan dalam bahasa Melayu, sama ada yang menggunakan tulisan jawi atau tulisan rumi. Akhbar ini diterbitkan dari pelbagai lokasi tanah air, termasuklah di Singapura yang menjadi pusat dunia penerbitan Melayu pada tempoh sebelum merdeka dahulu. 100 buah akhbar yang dipilih dalam buku ini telah mencatatkan sejarah tersendiri yang penting dampaknya terhadap perkembangan masyarakat Melayu. Sebahagiannya hanya dapat diterbitkan seketika, tetapi memiliki makna yang khas dan signifikan terhadap zaman-zaman tertentu dalam sejarah persuratkhabaran Melayu.
 
 
Kami mengalu-alukan kunjungan YBhg Dato/Datin/Tuan/Puan ke PSM yang bertempat di Aras 2, Wisma Berita.
Bersama-sama kita membaca memperkayakan minda ... siapa cepat, dia dapat ! 
Untuk pertanyaan / maklumat lanjut, sila hubungi Pn. Asrina / Pn. Suriani di talian 03-22887603 / 7204.
 
Sekian, terima kasih.
 
Pusat Sumber Maklumat
Jabatan Penyiaran Malaysia

Print Email

offcanvas