Saiz Teks

A- A A+

Pilihan Warna

A A

settings

A- A A+
A A

Mind Reading Councel - New Book Release

Hebahan Buku Baharu : Koleksi Contoh Dokumen Perjanjian

Last modified on .

"Membaca Menyuluh Minda" - Hebahan Buku Baharu  

Sukacita dimaklumkan bahawa Pusat Sumber Maklumat (PSM) telah memperoleh buku baru bersedia untuk rujukan dan pinjaman seperti berikut:-

  
Judul                    : Koleksi Contoh Dokumen Perjanjian
Pengarang           : Shahrul N.R
Tahun Terbitan   2001
No. Panggilan     : 658.723.SHA 2001  
 
 
Sinopsis: 
 
Buku ini diterbitkan untuk memberi pembaca gambaran am tentang perjanjian dan langkah untuk membina rangka dokumen perjanjian. Contoh dokumen perjanjian yang disajikan dalam buku ini diharapkan dapat memberikan cetusan idea dan pengetahuan secara am kepada pembaca tentang hak dan kepentingan yang ingin dilindungi serta sebagai langkah persediaan sebelum anda mendapatkan khidmat peguam.
 
Buku ini mengetengahkan pelbagai jenis contoh dokumen perjanjian dan juga penerangan berkenaan dengan kepentingannya. Dengan adanya pelbagai jenis dokumen perjanjian ini, dapatlah kita sama-sama berkongsi ilmu dalam merangka satu-satu dokumen perjanjian yang adil dan seimbang kepada kedua-dua belah pihak yang memeterai perjanjian tersebut.
 
 
 
 
 
 
 
Kami mengalu-alukan kunjungan YBhg Dato/Datin/Tuan/Puan ke PSM yang bertempat di Aras 2, Wisma Berita.
Bersama-sama kita membaca memperkayakan minda ... siapa cepat, dia dapat ! 
Untuk pertanyaan / maklumat lanjut, sila hubungi Pn. Asrina / Pn. Suriani di talian 03-22887603 / 7204.
 
Sekian, terima kasih.
 
Pusat Sumber Maklumat
Jabatan Penyiaran Malaysia

Print Email

offcanvas