Saiz Teks

A- A A+

Pilihan Warna

A A

settings

A- A A+
A A

Mind Reading Councel - New Book Release

Hebahan Buku Baharu : Misi Memikat Cik Hitler

Last modified on .

"Membaca Menyuluh Minda" - Hebahan Buku Baharu  

Sukacita dimaklumkan bahawa Pusat Sumber Maklumat (PSM) telah memperoleh buku baru bersedia untuk rujukan dan pinjaman seperti berikut:-

 
  misi memikat cik hitler
Judul                    : Misi Memikat Cik Hitler
Pengarang           : Nojie
Tahun Terbitan   2016
No. Panggilan     : MFic NOJ 2016
 
 
Sinopsis: 
 
Naurah buat kerja gila dengan melamar lelaki tidak dikenalinya hanya kerana mahu membalas balik permainan Umar terhadapnya. Cinta disangkakan ikhlas, rupanya hanyalah pertaruhan Umar dan rakan-rakannya. Sudahnya, diheret pula lelaki yang langsung tiada kaitan dalam hidupnya.
Lelaki yang langsung tidak diketahui asal usulnya. Dan paling penting, lelaki tidak diketahui namanya. Zhariff betul-betul marah dengan kerja gila dibuat oleh Naurah a.k.a Cik Hitler.
Dia ingat kahwin ni senang? Boleh petik orang macam tu saja? Ingat lepas kahwin tu habis kat situ saja ke? Dan ia tak habis selepas ijab dan kabul tapi ia baru bermula! Kata orang, bercinta bertahun pun belum tentu kenal hati budi pasangan, kan? Ini kan pula pasangan yang berkahwin tanpa sempat mengenali hati budi masing-masing. Huru-hara jadinya.
Pada Zhariff, bila ijab dan kabul dilafazkan, Naurah sudah menjadi isterinya. Jadi, suka atau tidak Naurah itu sudah jadi tanggungjawabnya. Dia nekad, hati keras Naurah harus dilembutkan. Maka, bermulalah misi memikat Cik Hitler. Bermacam cara sudah Zhariff lakukan untuk memikat hati si isteri a.k.a Cik Hitler termasuklah menghantar makanan untuk makan malam ke rumah isterinya, namun Cik Hitler tetap berhati batu. Mampukah Zhariff meneruskan misinya untuk memikat hati Cik Hitler sedangkan pada Naurah semua lelaki sama saja?
 
 
 
Kami mengalu-alukan kunjungan YBhg Dato/Datin/Tuan/Puan ke PSM yang bertempat di Aras 2, Wisma Berita.
Bersama-sama kita membaca memperkayakan minda ... siapa cepat, dia dapat ! 
Untuk pertanyaan / maklumat lanjut, sila hubungi Pn. Asrina / Pn. Suriani di talian 03-22887603 / 7204.
 
Sekian, terima kasih.
 
Pusat Sumber Maklumat
Jabatan Penyiaran Malaysia

Print Email

offcanvas