Saiz Teks

A- A A+

Pilihan Warna

A A

settings

A- A A+
A A

Mind Reading Councel - New Book Release

Hebahan Buku Baharu : Mengusir Debar di Pentas

Last modified on .

"Membaca Menyuluh Minda" - Hebahan Buku Baharu

Sukacita dimaklumkan bahawa Pusat Sumber Maklumat (PSM) telah memperoleh buku baru bersedia untuk rujukan dan pinjaman seperti berikut:-

 
Judul : Mengusir Debar di Pentas
Pengarang : Norsalawati Mohd Jaya
Tahun Terbitan : 2016
No. Panggilan : 395.4 NOR 2016
 
 
Sinopsis:
 
Perasaan berdebar apabila berada di atas pentas sesuatu yang lumrah, yang akan dilalui oleh setiap insan terutamanya apabila telah dipertanggungjawabkan untuk mengacarai atau memberikan ucapan di majlis-majlis rasmi yang diadakan di tempat kerja atau sebagainya. Kita akan menjadi lebih bimbang apabila melihat mata-mata tetamu yang hadir terarah kepada setiap tingkah laku kita dan meneliti setiap bait ucapan yang diungkapkan di atas pentas.
 
Untuk mengelakkan sebarang kesalahan ucapan dan mengusir rasa debar di hati, persediaan yang baik harus dilakukan agar ucapan kita tidak kekok dan majlis yang dikendalikan berjalan lancar seperti yang diharapkan. Buku mengusir debar di pentas: teks pengumuman, juruacara, dan perasmi majlis karya norsalawati mohd jaya ini dapat memandu pembaca dengan tip-tip dan olahan terperinci pada setiap bab serta memuatkan contoh-contoh penulisan teks ucapan, pengumuman, dan juruacara majlis sebagai rujukan ringkas dan mudah difahami serta sesuai dijadikan sebagai contoh untuk penyediaan bahan ucapan majlis-majlis rasmi.
 
Buku ini dapat membantu kita agar sentiasa bersedia dan tidak gentar apabila dipilih untuk berada di atas pentas sebagai jurucara, perasmi majlis mahupun untuk memberikan pengumuman. Jangan gentar!
 
 
 
Kami mengalu-alukan kunjungan YBhg Dato/Datin/Tuan/Puan ke PSM yang bertempat di Aras 2, Wisma Berita.
Bersama-sama kita membaca memperkayakan minda ... siapa cepat, dia dapat !
Untuk pertanyaan / maklumat lanjut, sila hubungi Pn. Asrina / Pn. Suriani di talian 03-22887603 / 7204.
 
Sekian, terima kasih.
 
Pusat Sumber Maklumat
Jabatan Penyiaran Malaysia

Print Email

offcanvas