Saiz Teks

A- A A+

Pilihan Warna

A A

settings

A- A A+
A A

Mind Reading Councel - New Book Release

Hebahan Buku Baharu : Cik Ayris Congeniality

Last modified on .

"Membaca Menyuluh Minda" - Hebahan Buku Baharu

Sukacita dimaklumkan bahawa Pusat Sumber Maklumat (PSM) telah memperoleh buku baru bersedia untuk rujukan dan pinjaman seperti berikut:-

 
Judul : Cik Ayris Congeniality
Pengarang : Aisya Rihanna
Tahun Terbitan : 2016
No. Panggilan : MFic AIS 2016
 
 
Sinopsis:
 
AYRIS, Lana dan Wardah…tiga sahabat yang akrab sejak zaman belajar. Apa sahaja masalah teman-teman, Ayris pasti menjadi orang pertama yang menghulur bantuan sehingga digelar Miss Congeniality. NAMUN, pemergian Lana benar-benar buat Ayris menangisi diri sendiri… DEMI Ayra, Ayris pujuk hati menerima Amer.
 
Namun, kecuaian Ayris pada suatu hari menyebabkan Ayra meninggal dunia. Rumah tangga mereka berkecai. Namun, Farhan si bekas kekasih sebagai ketua jabatannya sentiasa memerhatikan dan mengambil berat bagaikan menghidupkan nyawanya kembali… Aida geleng kepala. “Sabar I kata. Kejap lagi naiklah bakal ibu mentua you tu.” Telefon milik Ayris di atas meja solek tiba-tiba berbunyi.
 
Ayris yang sedang berdiri, berjalan laju untuk mendapatkan telefon bimbitnya itu. Nasib tidak menyebelahi Ayris. Dia jatuh terjelepok akibat terpijak hujung kain baju pertunangannya. Ayris yang masih terjelepok mula panik. Apakah emak Farhan akan jadikan alasan ini untuk menolaknya? MAMPUKAH Ayris membina bahagia kerana emak Farhan tidak menyukainya yang janda dan Amer gunakan alasan Anggun, anak mereka untuk milikinya semula? Sentiasakah dia menjadi Cik Ayris Congeniality yang menyenangkan rakan-rakan dan berkorban demi kebahagiaan orang lain?
 
 
 
 
Kami mengalu-alukan kunjungan YBhg Dato/Datin/Tuan/Puan ke PSM yang bertempat di Aras 2, Wisma Berita.
Bersama-sama kita membaca memperkayakan minda ... siapa cepat, dia dapat !
Untuk pertanyaan / maklumat lanjut, sila hubungi Pn. Asrina / Pn. Suriani di talian 03-22887603 / 7204.
 
Sekian, terima kasih.
 
Pusat Sumber Maklumat
Jabatan Penyiaran Malaysia

Print Email

offcanvas