Mind Reading Councel - New Book Release

Hebahan Buku Baharu : Benci/Cinta...Awak Budak Nakal

Last modified on .

"Membaca Menyuluh Minda" - Hebahan Buku Baharu

Sukacita dimaklumkan bahawa Pusat Sumber Maklumat (PSM) telah memperoleh buku baru bersedia untuk rujukan dan pinjaman seperti berikut:-

 
Judul : Benci/Cinta...Awak Budak Nakal
Pengarang : Qaseh Farina
Tahun Terbitan : 2016
No. Panggilan : MFic QAS 2016
 
 
Sinopsis:
 
Namun, perasaan mula berubah selepas mengetahui kenapa Ayin jadi begitu. Bahagia berbunga apabila Ayin mula menyedari kewujudannya, tetapi hanya seketika. Setiap hari ada saja yang Ayin lakukan untuk pedajal Yaya hanya untuk mendapatkan perhatian Yaya. Itulah Ayin. Dia lain daripada orang lain.
 
Tanpa terduga, keadaan memisahkan mereka. Pertemuan semula selepas sekian lama, merupakan permulaan sebenar kisah cinta mereka. Yaya tersepit antara budi dan hati apabila Puan Julita berura-ura mahu menjodohkannya dengan Chad. Adakah Ayin akan teguh berdiri untuk merebut cinta Yaya selepas mengetahui Chad sahabatnya juga menyukai gadis yang sama? Dan, kecewakah Ayin apabila Along akan disatukan dengan Yaya atas permintaan isteri Along? Saat kekusutan mula terungkai, Adilia hadir memusnahkan segalanya. Kasih lama ditagih.
 
Yaya rebah dengan percaturan hidupnya. Namun bagi Ayin, dia hanya ada Yaya. Jika dia perlu menjadi budak nakal semula untuk memikat hati Yaya, dia akan buat! Andai dia perlu pedajal Yaya untuk memujuk Yaya, dia juga akan lakukan! Dan jika dia terpaksa sakitkan hati Yaya untuk mendapatkan perhatian Yaya, dia akan sakitkan! Hanya untuk kembali merebut hati Yaya. “Cara dia menginterpretasikan perasaan dia, pelik daripada orang lain. Tak sama macam orang lain. Dengan ketidaksamaan itulah, aku percaya, cara dia menyayangi dan mencintai kau, takkan kau jumpa pada orang lain.” Mampukah kata-kata ini membuka semula hati Yaya untuk Ayin?
 
 
 
 
 
 
Kami mengalu-alukan kunjungan YBhg Dato/Datin/Tuan/Puan ke PSM yang bertempat di Aras 2, Wisma Berita.
Bersama-sama kita membaca memperkayakan minda ... siapa cepat, dia dapat !
Untuk pertanyaan / maklumat lanjut, sila hubungi Pn. Asrina / Pn. Suriani di talian 03-22887603 / 7204.
 
Sekian, terima kasih.
 
Pusat Sumber Maklumat
Jabatan Penyiaran Malaysia

Print