Mind Reading Councel - New Book Release

Hebahan Buku Baharu : The Pharaoh's Secret

Last modified on .

"Membaca Menyuluh Minda" - Hebahan Buku Baharu

Sukacita dimaklumkan bahawa Pusat Sumber Maklumat (PSM) telah memperoleh buku baru bersedia untuk rujukan dan pinjaman seperti berikut:-

 
Judul : The Pharaoh's Secret
Pengarang : Clive Clusser And Graham Brown
Tahun Terbitan 2016
No. Panggilan : E Fic CUS 2016
 
 
Sinopsis:
 
Dia tu macam...vignette. Keliling gelap, tengah-tengah sahaja yang jelas. Dan tak ada garis jelas yang memisahkan antara keliling yang gelap dengan tengah yang terang itu. Macam mimpi. Kata Najiha: "Aku nak kekalkan sikap aku yang hanya akan ingat benda gembira." "Eloklah tu. Ubah angin, ubah tempat. Hijrah itu satu benda yang elok." Dia berhijrah untuk memulihkan keadaan hatinya yang sedikit calar.
 
Calar yang tak ada kesan pun... kan? Hijrah juga bermaksud, (a) dia akan jumpa orang yang dia tak pernah jumpa; (b) pernah jumpa tapi tak ingat; (c) orang yang memang dia pernah jumpa dan ingat. "Najiha." Dia memperkenalkan diri. "Nice meeting you, Najiha." Tapi dia rasa dia tak pernah jumpa lagi orang yang malas nak bercakap macam Si Dahi Kerut ni. Atau mungkin...dia pernah jumpa...kut?
 
Pada Firdaus: Matahari itu, orang kata, sifatnya terang, panas - dan hidupan atas muka bumi ini tak boleh hidup tanpa matahari. Najiha itu, bagi Firdaus macam matahari. Terang - dan buat dia sentiasa tercari-cari. "Awak memang suka cakap sepatah-sepatah kan?" "Ha. Saya memang suka cakap sepatah-sepatah." Dan kalaulah matahari itu hilang, tak mungkin dia tidak terkesan, kan?
 
 
 
 
 
 
Kami mengalu-alukan kunjungan YBhg Dato/Datin/Tuan/Puan ke PSM yang bertempat di Aras 2, Wisma Berita.
Bersama-sama kita membaca memperkayakan minda ... siapa cepat, dia dapat !
Untuk pertanyaan / maklumat lanjut, sila hubungi Pn. Asrina / Pn. Suriani di talian 03-22887603 / 7204.
 
Sekian, terima kasih.
 
Pusat Sumber Maklumat
Jabatan Penyiaran Malaysia

Print