Mind Reading Councel - New Book Release

Hebahan Buku Baharu : Hate You, Mr.K!

Last modified on .

"Membaca Menyuluh Minda" - Hebahan Buku Baharu

Sukacita dimaklumkan bahawa Pusat Sumber Maklumat (PSM) telah memperoleh buku baru bersedia untuk rujukan dan pinjaman seperti berikut:-

 
Judul : Hate You, Mr.K!
Pengarang : Iera Mila
Tahun Terbitan 2010
No. Panggilan : M Fic IER 2010
 
 
Sinopsis:
 
Adakah Qyra benci Mr. K? Ye! Dia tak suka lelaki itu. Hanya berpura-pura baik tapi, hatinya busuk! Mr. K memang jahat! Kalau tak, dia tak akan buat benda terkutuk itu. Tapi... kenapa Mr. K baik sangat dengannya? Sampai keliru dibuatnya. Nak benci ke tak? Nak benci ke tak? Hesy... susah betul hendak buat keputusan.
 
Sudahlah dirinya diselamatkan oleh lelaki itu. Hendak membenci lelaki itu? Memang taklah! Bila dia cuba melarikan diri, lelaki itu datang mengejar. Mr. K layan dia dengan baik. Siap bagi bunga. Yang paling dia tak jangka, lelaki itu ingin memperisterikannya. Makin sayang pula dibuatnya. Macam mana ni? Apa yang patut dia buat? Berdiam diri dan terus menyayangi lelaki itu? Atau sebaliknya?
 

 


 
Bersama-sama kita membaca memperkayakan minda ... siapa cepat, dia dapat !
Untuk pertanyaan / maklumat lanjut, sila hubungi Pn. Asrina / Pn. Suriani di talian 03-22887603 / 7204.
 
Sekian, terima kasih.
 
Pusat Sumber Maklumat
Jabatan Penyiaran Malaysia

Print