Mind Reading Councel - New Book Release

Hebahan Buku Baharu : Baiduri Segala Permaisuri

Last modified on .

"Membaca Menyuluh Minda" - Hebahan Buku Baharu

Sukacita dimaklumkan bahawa Pusat Sumber Maklumat (PSM) telah memperoleh buku baru bersedia untuk rujukan dan pinjaman seperti berikut:-

 
Judul : Baiduri Segala Permaisuri
Pengarang : Cik Srikandi
Tahun Terbitan 2016
No. Panggilan : 321.094 CIK 2016
 
 
Sinopsis:
 
Membaca sejarah itu bagaikan mempelajari sikap dan usaha untuk bertahan. Mempelajari sejarah itu laksana menyiapkan suluh untuk melihat lubang yang menjayakan kegagalan insan-insan terdahulu. Sejarah akan memberi masa peluang dan alu-aluan untuk mengulangi kejayaan masa lalu. Orang yang pekak dan tuli terhadap sejarah akan menjadi buta terhadap kronologi keturunannya.
 
Bukanlah insan bermaruah jika hanya berpekak tuli dengan rekayasa orang lain terhadap sejarahnya. Bertahanlah dan siap untuk memberitahu, bahawa ‘sejarah kami adalah begini.' Kelak anda akan tahu apakah erti kebijaksanaan dan kemuliaan. Sikap anda akan dimegahi anak cucu, kerana sejarah itu adalah cerita anda dan mereka, bertiup dari gunung-ganang dan samudera, merentas masa demi masa hingga ke akhirnya. “She makes sense each and every time. Inilah daya tarikan penulisan Srikandi.” – Ninot Aziz
 

 


 
Bersama-sama kita membaca memperkayakan minda ... siapa cepat, dia dapat !
Untuk pertanyaan / maklumat lanjut, sila hubungi Pn. Asrina / Pn. Suriani di talian 03-22887603 / 7204.
 
Sekian, terima kasih.
 
Pusat Sumber Maklumat
Jabatan Penyiaran Malaysia

Print