Mind Reading Councel - New Book Release

Hebahan Buku Baharu : Minah Cengey Hati Tisu

Last modified on .

"Membaca Menyuluh Minda" - Hebahan Buku Baharu

Sukacita dimaklumkan bahawa Pusat Sumber Maklumat (PSM) telah memperoleh buku baru bersedia untuk rujukan dan pinjaman seperti berikut:-

 
Judul : Minah Cengey Hati Tisu
Pengarang : Aifa Batrisya
Tahun Terbitan 2016
No. Panggilan : M Fic AIF 2016
 
Sinopsis: 
 
Naurah Tihani a.k.a minah cengey berpegang dengan dua prinsip dalam hidupnya. Pertama, tidak ada kawan baik perempuan dan kedua, tidak akan berkahwin dengan kawan baik lelakinya. Persahabatan selama lapan tahun dengan Naurah Tihani membuatkan Dayyan Hawari terlanjur menyayangi gadis itu. Namun, Naurah Tihani teguh dengan prinsipnya. Cengeynya selama ini rupa-rupanya kerana penyakit. Penyakit yang mendesaknya supaya segera berkahwin. Hidupnya mula huru-hara memikirkan soal jodoh. Namun, kepulangan umi dan walidnya dari Mekah membawa perkhabaran gembira yang Naurah Tihani bakal dijodohkan dengan anak kawan mereka. Kerana sikap tak ambil peduli siapa jodoh pilihan umi dan walidnya, prinsipnya yang kedua hampir roboh tatkala Hani merasakan Boy dan Hawari adalah orang yang sama. Tapi, Hani bertekad tidak mahu mengenali bakal suaminya sebelum hari akad nikah walau apapun yang terjadi.
 
Bersama-sama kita membaca memperkayakan minda ... siapa cepat, dia dapat !
Untuk pertanyaan / maklumat lanjut, sila hubungi Pn. Asrina / Pn. Suriani di talian 03-22887603 / 7204.
 
Sekian, terima kasih.
 
Pusat Sumber Maklumat
Jabatan Penyiaran Malaysia

Print