Mind Reading Councel - New Book Release

Hebahan Buku Baharu : Gila Tak Rindu

Last modified on .

"Membaca Menyuluh Minda" - Hebahan Buku Baharu

Sukacita dimaklumkan bahawa Pusat Sumber Maklumat (PSM) telah memperoleh buku baru bersedia untuk rujukan dan pinjaman seperti berikut:-

 
Judul : Gila Tak Rindu
Pengarang : Murni Aqila
Tahun Terbitan 2015
No. Panggilan : M Fic MUR 2015
 
Sinopsis: 
 
Alangkah terkejutnya Nomi apabila Mr. Krab yang pertama kali dia nak jumpa tu, lelaki yang bergaduh dengannya di lampu isyarat! Apa lagi, bertekaklah budak dua orang tu. Adib mula menyesal menyamar jadi Mr. Krab. Mr. Krab yang sebenarnya ialah Risham. Risham suruh Adib ganti jadi dirinya sebab dia dah bercinta dengan Kisya. Adib terima tawaran Risham itu bersebab walau dia sukakan Hazza dalam diam. Adib ingatkan...cerita sini, habis sini. Sekali Nomi langgar motornya! Berdebus jatuh berendam dalam parit. Mengamuklah dia. Dia nak Nomi jadi kulinya. Selagi motornya ada di worksyop, Nomi kena hantar dia pergi dan balik kerja. Nomi bengang. Perangai Adib sungguh menjengkelkan. Asal jumpa mereka bertekak. Asal bertekak mereka jumpa. Sampaikan apabila tak bertekak, rasa sunyi pulak. Eh, eh, ehh...lain macam je dia orang ni. Macam ada apa-apa je. Kalau Nomi tahu siapa Mr. Krab yang sebenar macam mana? Alamak...huru-haralah dunia ni.
 
Bersama-sama kita membaca memperkayakan minda ... siapa cepat, dia dapat !
Untuk pertanyaan / maklumat lanjut, sila hubungi Pn. Asrina / Pn. Suriani di talian 03-22887603 / 7204.
 
Sekian, terima kasih.
 
Pusat Sumber Maklumat
Jabatan Penyiaran Malaysia

Print