Mind Reading Councel - New Book Release

Hebahan Buku Baharu : Re : Kau Ilhamku

Last modified on .

"Membaca Menyuluh Minda" - Hebahan Buku Baharu

Sukacita dimaklumkan bahawa Pusat Sumber Maklumat (PSM) telah memperoleh buku baru bersedia untuk rujukan dan pinjaman seperti berikut:-

 
Judul Re: Kau Ilhamku
Pengarang : Amany
Tahun Terbitan 2016
No. Panggilan : M Fic AMA 2016
 
Sinopsis: 
 
Isyraf, CEO muda di WONDERWALL. Dia lelaki sempurna, bukan saja memiliki harta peribadi berbilion ringgit, tapi ada semua yang boleh buat perempuan mana pun jatuh cinta padanya: dia kacak, pandai main gitar, pandai menyanyi, pandai memasak, boleh jadi imam, tak tinggal tahajud, baca surah al-Kahfi setiap Jumaat. Tapi tetaplah dia tak memiliki seseorang untuk dicintai... hinggalah dia bertemu Banie, peguam yang berjaya, cantik manis dan tegas.
 
Banie pandang lelaki itu. Rambutnya diikat head bun, matanya sepet, kulitnya agak cerah, bibirnya merah merekah, dan lelaki itu lengkap berpakaian formal: kemeja, tali leher, weskot, kot dan seluar slek.
 
“Sekejap, kita belum bincang lagi berapa you nak sebagai teman wanita upahan I?”
“Berapa you sanggup bayar?”
“A million.”
“A million?” Banie mengulang dengan soalan. Mana tahu dia salah dengar.
“Yup, a million. Kenapa? Tak cukup ke?”
“Isyraf, a second. You minta I berlakon jadi teman wanita you aje kan?” Gila ke apa lelaki ni nak bagi upah sampai sejuta?
 
Bersama-sama kita membaca memperkayakan minda ... siapa cepat, dia dapat !
Untuk pertanyaan / maklumat lanjut, sila hubungi Pn. Asrina / Pn. Suriani di talian 03-22887603 / 7204.
 
Sekian, terima kasih.
 
Pusat Sumber Maklumat
Jabatan Penyiaran Malaysia

Print