Mind Reading Councel - New Book Release

Hebahan Buku Baharu : Kepala Batu Kepala Angin

Last modified on .

"Membaca Menyuluh Minda" - Hebahan Buku Baharu

Sukacita dimaklumkan bahawa Pusat Sumber Maklumat (PSM) telah memperoleh buku baru bersedia untuk rujukan dan pinjaman seperti berikut:-

 
Judul : Kepala Batu Kepala Angin
Pengarang : Fizziany
Tahun Terbitan 2015
No. Panggilan : M Fic FIZ 2015
 
Sinopsis: 
 
Kisah bermula apabila Si Jelita, Azah masuk bekerja. Yang tidak pernah menyikat rambut ke pejabat, kini dah pandai pakai gel rambut. Yang kemejanya berkedut sejuta, kini tegang diseterika macam ditepek kanji. Yang dah kahwin, mengaku bujang lagi! Tapi Harris pula berkecuali. Dia bermuka tembok berhati batu. Azah dikerling tanpa perasaan. Kena pula, tiba-tiba Azah menjadi pembantunya! Maka bermulalah episod gila antara mereka. Si dara jelita rupanya garang bak singa. Bertengkar, bergaduh dah tak peduli orang sekeliling, macam dalam dunia cuma ada mereka sahaja! “Kau jangan cakap kau yang calarkan kereta aku!” Makin lebar sengih Azah. Perlahan Azah mengangguk. Harris ternganga. Tapi, apabila selalu saja bersama, perasaan berputar 360 darjah. Azah dan Harris mula bingung. Harris resah lantaran rahsia membelenggu diri. Azah tegar kerana tanggungjawab yang tersandar di bahu sendiri. Cinta? Bukan pilihan yang baik buat mereka… Menggalas cinta dan rindu yang kian memberat di bahu, sedangkan terpaksa senyum dalam hiba di celah-celah riuh rendah rakan sepejabat, mampukah Azah dan Harris terus bertahan?
 
 
 
 
Bersama-sama kita membaca memperkayakan minda ... siapa cepat, dia dapat !
Untuk pertanyaan / maklumat lanjut, sila hubungi Pn. Asrina / Pn. Suriani di talian 03-22887603 / 7204.
 
Sekian, terima kasih.
 
Pusat Sumber Maklumat
Jabatan Penyiaran Malaysia

Print