Saiz Teks

A- A A+

Pilihan Warna

A A

settings

A- A A+
A A

Mind Reading Councel - New Book Release

Hebahan Buku Baharu: Alahai Miss Blur

Last modified on .

 

Membaca Menyuluh Minda " - Hebahan Buku Baharu

Sukacita dimaklumkan bahawa Pusat Sumber Maklumat (PSM) telah memperoleh buku baru bersedia untuk rujukan dan pinjaman seperti berikut:-

 
 
 
Judul : Alahai Miss Blur
Pengarang : Ayra Zahra
Tahun Terbitan : 2017
No. Panggilan : M Fic AYR 2017
 
Sinopsis:
Dia, gadis yang menjadi dirinya sendiri. Tal perlu make-up tebal. Tak perlu gincu merah menyala. Cukuplah dia gadis simple yang membawa personaliti berbeza. Dia Nurain Awatif aka miss blur!
 
Kehadiran Awatif di Aspirasi sebagai setiausaha kepada Hadif Fakhri telah memberi ruang pada Hadif Fakhri untuk mengenali siapa Awatif sebenarnya. Sikap blur dan selamba Awatif membuatkan Hadif Fakhri pening kepala. Namun kerana sikap itu jugalah yang telah berjaya mencuit hati Hadif Fakhri. Dia jatuh cinta! Hadif sembunyi cinta dalam diam. Hai lah hati, kenapalah gadis ini boleh meruntuhkan tembok hati aku?
 
Dia sangat comel. Dia juga jujur. Apa lagi yang hati perlu tolak jika semua dah cukup rasa. Awatiflah pemanis jiwa, ia juga garam dan lada. Hadif memang teruja dengan miss blurnya.
 
Namun, hanya kerana fitnah, Awatif diberhentikan kerja serta-merta. Tambah luka bila kata-kata Hadif yang mengguris hatinya. Dia berlalu pergi. Tiada apa yang tertinggal di sini.
 
Saat dia bangkit dan membina hidup baru, Farhan Redza kembali menagih cinta. Cinta yang diharapkan daripada Awatif, tapi sayang persahabatan yang dihulurkan oleh gadis itu. Farhan nekad mengejar.
Bersama-sama kita membaca memperkayakan minda ... siapa cepat, dia dapat !
Untuk pertanyaan / maklumat lanjut, sila hubungi Pn. Asrina / Pn. Suriani di talian 03-22887603 / 7204.
 
 
Sekian, terima kasih.
 
Pusat Sumber Maklumat
Jabatan Penyiaran Malaysia

Print Email

offcanvas