Saiz Teks

A- A A+

Pilihan Warna

A A

settings

A- A A+
A A

Mind Reading Councel - New Book Release

Hebahan Buku Baharu: Saya Malala

Last modified on .

 

Membaca Menyuluh Minda " - Hebahan Buku Baharu

Sukacita dimaklumkan bahawa Pusat Sumber Maklumat (PSM) telah memperoleh buku baru bersedia untuk rujukan dan pinjaman seperti berikut:-

 
 
   
 
Judul                   : Saya Malala
Pengarang          : Malala Yousafzai dengan Christina Lamb ;
                               Terjemahan Zaleha Abidin
Tahun Terbitan  : 2016
No. Panggilan     : 923.65491 YOU 2016
                                Edisi Bahasa Malaysia
Sinopsis:
Apabila Taliban menguasai Lembah Swat di Pakistan, seorang gadis cilik mula bersuara. Malala Yousafzai enggan berdiam diri tetapi berjuang menuntut haknya mendapatkan pendidikan. Pada Oktober 2012, tatkala usianya mencecah 15 tahun, nyawa Malala hampir-hampir tergadai. Dia ditembak di kepala semasa perjalanan pulang ke rumah dari sekolah dan harapan untuk hidup tipis.
 
Namun, penyembuhan Malala yang hebat telah membawa dia dari kawasan terpencil di utara Pakistan ke dewan Bangsa-bangsa Bersatu di New York. Pada usia 16 tahun, dia muncul sebagai lambing protes keamanan global. Setahun kemudian, dia menjadi penerima Hadiah Nobel Keamanan yang termuda.
 
Dipuji kerana ‘perinciannya yang hebat’ oleh Associated Press, Saya Malala akan membuat pembaca percaya pada kuasa suara seseorang untuk merubah dunia.
 
Bersama-sama kita membaca memperkayakan minda ... siapa cepat, dia dapat !
Untuk pertanyaan / maklumat lanjut, sila hubungi Pn. Asrina / Pn. Suriani di talian 03-22887603 / 7204.
 
 
Sekian, terima kasih.
 
Pusat Sumber Maklumat
Jabatan Penyiaran Malaysia

Print Email

offcanvas