Saiz Teks

A- A A+

Pilihan Warna

A A

settings

A- A A+
A A

Hebahan Pusat Sumber : Hanya Untuk Dia

Last modified on .

 

Membaca Menyuluh Minda - Hebahan Buku Baharu

Buku untuk rujukan dan pinjaman seperti berikut:

 
  
Judul                     : Hanya Untuk Dia
Pengarang           : Nurul Izah
Tahun Terbitan  : 2014
No. Panggilan     : M Fic NUR 2014
Sinopsis:
Amira, wanita yang cekal menghadapi dugaan hidup. Selepas dirinya dinoda, dia membawa diri mengubah kehidupan walaupun terpaksa melupakan cinta pertamanya. Pertemuan semula kekasih hati, Khairul Azmi mengingatkan semula kisah lama. Sikap Khairul Azmi yang bersahaja, menjadikan dia yakin lelaki itu tidak lagi mencintainya. Apatah lagi Khairul Azmi memilih Suraya menjadi suri hatinya.
Amira sedar dia tidak layak untuk lelaki sesuci Khairul Azmi. Dalam kekecewaan dia akhirnya menerima lamaran Zahid yang sanggup menerima seadanya yang tahu sejarah hidupnya. Dia harap Zahid akan membahagiakannya.
 
Ketika dia mula menerima Zahid, Khairul Azmi muncul dengan persoalan. Mengharap cintanya kembali. Namun Amira sudah berjanji, berjanji untuk Zahid. Namun panas tak sampai ke petang. Zahid menduakan Amira sebelum pergi menemui Ilahi. Sekali lagi Amira kecewa. Sekali lagi Khairul Azmi hadir menagih cintanya selepas banyak dugaan yang datang. Amira keliru... masih adakah bahagia untuknya?
  
 
   
 
Bersama-sama kita membaca memperkayakan minda ... siapa cepat, dia dapat !
Untuk pertanyaan / maklumat lanjut, sila hubungi Pn. Asrina / Pn. Suriani di talian 03-22887603 / 7204.
 
Sekian, terima kasih.
 
Pusat Sumber Maklumat
Jabatan Penyiaran Malaysia
 

Print Email

offcanvas