Saiz Teks

A- A A+

Pilihan Warna

A A

settings

A- A A+
A A

Hebahan Buku Baharu : Celik Wang : Pengurusan Wang Secara Bijak

Last modified on .

Sukacita dimaklumkan bahawa Pusat Sumber Maklumat (PSM) telah memperoleh buku baru bersedia untuk rujukan dan pinjaman seperti berikut:-

 
 
 
 
Judul : Celik Wang : Pengurusan Wang Secara Bijak
Pengarang : Agensi Kaunseling Dan Pengurusan Kredit (AKPK)
Tahun Terbitan : 2010
No. Panggilan : 332.024 CEL 2010
 
Sinopsis:
 
Celik Wang akan membuka minda anda kepada perkara-perkara yang anda harus ketahui dari segi kewangan untuk menceburi pasaran pekerjaan yang bersaingan. Buku ini menerangkan apa yang harus dilakukan pada peringkat awal hidup agar anda dapat mencapai impian kewangan anda. Ia bertujuan mengurangkan kebimbangan kewangan anda dengan menyediakan petua-petua berguna untuk mengurus wang serta merancang bagi masa depan. Di samping itu, buku ini juga mengajar anda cara menjalani kehidupan bahagia dengan menekan kepentingan menabung dan melabur untuk hari esok agar impian kewangan anda menjadi kenyataan.
 
 
Kami mengalu-alukan kunjungan YBhg Dato/Datin/Tuan/Puan ke PSM yang bertempat di Aras 2, Wisma Berita.
Bersama-sama kita membaca memperkayakan minda ... siapa cepat, dia dapat ! 
Untuk pertanyaan / maklumat lanjut, sila hubungi Pn. Asrina / Pn. Suriani di talian 03-22887603 / 7204.
Sekian, terima kasih.

Print Email

offcanvas