Saiz Teks

A- A A+

Pilihan Warna

A A

settings

A- A A+
A A

Siaran Media

SIARAN MEDIA - Jihad Khadijah

Last modified on .

 

“Jihad Khadijah” Isi Slot Bidadari di TV1

 

KUALA LUMPUR, 28 Februari 2018 – Jihad menuju kejayaan adalah sesuatu yang dituntut dalam setiap agama. Pengalaman yang dikutip lebih manis dan berharga tatkala kejayaan telah terhidang di depan mata. Begitu kisah yang melatari drama bersiri bertajuk “Jihad Khadijah” mengisi slot Bidadari, mulai 6 Mac ini, setiap Isnin hingga Jumaat, pukul 3.05 petang.

Drama terbitan terbitan Times United Industries Berhad ini menampilkan barisan pelakon hebat seperti Aishah Mat Desa, Rozie Rashid, Nazri Sapuan, Hairi Othman, Zack X Factor, Ezani Nizariff, Mohd Shafris Shaharuddin dan Wan Elyas Wan Abdullah.

Menerusi 26 episod siarannya, ikuti kisah kecekalan seorang wanita bernama Khadijah yang berjuang bersama suaminya, Karim bagi membuktikan bidang pertanian dan perikanan mampu diusahakan menjadi satu industri dan perniagaan yang menguntungkan.

Perjuangan Khadijah bermula sekitar tahun 1980an bersama Karim yang ketika itu bekerja sebagai ‘awak-awak’ dengan salah sebuah bot nelayan yang dimiliki oleh Pak Ayob, bapa Khadijah.

Meski pun hubungan percintaan antara Khadijah dan Karim menerima tentangan hebat daripada ramai ahli keluarga dan saudara maranya, mereka nekad memutuskan untuk melangsungkan perkahwinan. Mujur ketika itu Pak Ayob yang begitu menyenangi sikap Karim yang rajin sebagai menantunya sudi menguruskan majlis pernikahan mereka.

Namun hakikatnya Pak Ayob hanya mahu melihat kebahagiaan anak tunggalnya itu. Hinggakan dia sanggup mengetepikan statusnya sebagai orang kaya di kampung itu. Pada masa yang sama dia begitu kagum dengan kerajinan yang ditunjukkan menantunya itu.

Selain mengusahakan bidang perikanan, Pak Ayob juga memiliki tanah yang luas tapi terbiar tidak diusahakan kerana dia tidak mempunyai masa menguruskannya. Lalu dia dengan sepenuh keyakinan menyerahkan tanah itu untuk diuruskan oleh anak dan juga menantunya.

Khadijah yang sememangnya bersemangat waja dan memiliki visi hidup mahu memajukan diri terus menggunakan kesempatan yang diberikan ayahnya itu untuk membuktikan keupayaannya. Apatahlagi dia sedar dia satu-satunya pewaris segala harta yang ada.

Berjayakah Khadijah mengejar cita-citanya itu? Sekaligus dapatkah dia menyempurnakan impian menguruskan bidang perikanan dan pertanian yang diwarisi daripada ayahnya?

Bagi anda yang tidak sempat untuk menonton di TV, anda berpeluang menontonnya menerusi portal online, Myklik (myklik.rtm.gov.my). Rancangan ini juga dapat ditonton melalui rtm mobile. Muat turun aplikasinya di Google Play dan App Store.

- ### -

01

Print Email

offcanvas