Saiz Teks

A- A A+

Pilihan Warna

A A

settings

A- A A+
A A

Siaran Media

SIARAN MEDIA - Nasib Do Re Mi

Last modified on .

 

 

Tiga Sahabat Jadi Bomoh Dalam “Nasib Do Re Mi” di TV2

 

KUALA LUMPUR, 13 April 2018 – Saksikan perjalanan hidup tiga sahabat Do Re dan Mi selepas melarikan diri dikejar orang kampung akibat menjual ubat tiruan dalam “Nasib Do Re Mi” bersiaran pada 16 April ini, pukul 9.30 malam, mengisi slot Teater Legenda di TV2.

Mengisahkan tiga orang sahabat bernama Do, Re dan Mi dengan satu kumpulan samseng. Setelah ketiga-tiga orang sahabat melarikan diri daripada dikejar oleh sekumpulan orang kampung yang berang akibat ditipu oleh mereka bertiga kerana jualan ubat 'minyak' panas yang laku, mereka menjumpai sebuah rumah usang yg didiami oleh seorang tua yang juga merupakan bekas pemuzik jalanan.

Mereka bertiga telah menghabiskan semua makanan yang ada di dalam rumah itu. Sedang mereka berehat kekenyangan, pemilik rumah itu pulang. Mereka takut dan terus melarikan diri sehingga ke sebatang sungai. Nasib mereka baik kali ini, pemilik rumah itu tidak marah kepada mereka, malah menyuruh mereka menyanyikan lagu kegemarannya.

Plot cerita semakin berkembang setelah ketiga-tiga sahabat itu cedera dalam cubaan menyelamatkan satu pasangan iaitu Luqman dan Nora di taman dari dipukul oleh sekumpulan samseng yang diketuai oleh Komeng yang juga merupakan dalang di sebalik kejadian rompakan kedai emas yang semakin berleluasa baru-baru ini.

Mereka dimasukkan ke hospital. Setelah melarikan diri dari hospital, Do Re Mi terus mati akal untuk mencari ikhtiar hidup. Do Re Mi mencari tempat untuk bermalam sehingga tiba di perkarangan rumah persembunyian kumpulan Komeng. Mereka terdengar perancangan Komeng dan konco-konconya untuk berjumpa bomoh bagi memikat hati Nora agar jatuh hati kepada Komeng.

Awal-awal lagi Do, Re dan Mi pergi ke rumah bomoh dan mengikatnya serta menyamar menjadi bomoh untuk menipu dan menggagalkan perbuatan Komeng dan konconya. Re yang menyamar sebagai menyuruh Komeng dan konco-konconya pergi ke rumah Nora untuk menanam tangkal.

Pada malam komeng dan konco-konconya pergi ke rumah Nora, Do Re Mi sekali lagi menyamar sebagai bomoh kononnya mahu memberi petua untuk menanam tangkal itu. Selesai menanam tangkal, Komeng dan yang lain disuruh berlari meninggalkan rumah itu dengan hanya berseluar dalam. Do Re Mi mengambil segala barang-barang berharga mereka lalu ditangkap oleh kampung kerana disangkakan pencuri.

Mereka diikat di dalam rumah Nora. Sekembalinya Nora dan teman lelakinya, mereka menceritakan Do Re Mi yang menyelamatkan mereka tempoh hari. Mereka mula merancang menangkap Komeng, yang mereka fikir sebagai ketua ahli kongsi gelap.

Setelah Luqman dan Do Re Mi berjaya menumpaskan geng terbabit, mereka diberi ganjaran sebanya 1000 ringgit oleh anggota polis kerana kerjasama yang diberi. Namun Do membuat keputusan untuk menghadiahkan bahagian mereka kepada pasangan tersebut sebagai hadiah perkahwinan yang bakal dilangsungkan. Re yang pada mulanya berat hati akur disamping memikirkan mereka sudah banyak wang hasil dari menipu duit Komeng dan kumpulannya.

Akhirnya Nora dan Luqman melangsungkan perkahwinan disaksikan oleh tiga orang sahabat, Do Re Mi yang banyak membantu mereka. Setelah selesai perkahwinan Nora dan Luqman, ketiga-tiga sahabat itu menunggang basikal baru menuju ke tempat yang tidak diketahui untuk memulakan satu pengembaraan yang baharu.

Bagi anda yang tidak sempat untuk menonton di TV, anda berpeluang menontonnya menerusi portal online, Myklik (myklik.rtm.gov.my). Rancangan ini juga dapat ditonton melalui rtm mobile. Muat turun aplikasinya di Google Play dan App Store.

- ### -

 

 

 

Print Email

offcanvas