Saiz Teks

A- A A+

Pilihan Warna

A A

settings

A- A A+
A A

Siaran Media

SIARAN MEDIA - Mimpi Yang Sempurna

Last modified on .

Gandingan Tiz Zaqyah dan Aqasha Dalam Adaptasi Novel “Mimpi Yang Sempurna” Di TV1

 

Slot Widuri disiarkan Radio Televisyen Malaysia (RTM) menerusi saluran TV1, setiap Khamis hingga Jumaat, pukul 7.00 malam, mulai 22 Ogos ini menyaksikan gandingan pelakon Tiz Zaqyah dengan Aqasha dalam drama adaptasi novel bertajuk “Mimpi Yang Sempurna”.

Adaptasi novel Aiza Qriselda yang diarahkan oleh Jo Yusof ini turut dibintangi oleh Keith Foo, Farahdhiya, Elisha Sandha, dan Kuna yang kisahnya bermula dengan Wardah gadis cantik berpewatakan menarik bertugas sebagai pembantu kepada seorang pengurus kanan bernama Haiman. Haiman seorang duda terkenal dengan sikap panas barannya melayan pekerja-pekerjanya termasuk Wardah dengan dingin. Wardah rasa dirinya menjadi mangsa buli Haiman yang banyak memberikan tugasan untuknya hingga seringkali pulang lewat ke rumah.

setelah mendapat nasihat Mak Uda, Wardah kembali bersemangat terus bekerja malah merancang mahu mengubah sikap Haiman. Haiman semakin galak bagi kerja kepada Wardah juga mendesaknya ikut serta dirinya menghadiri mesyuarat. Wardah kongsi masalah dengan kawan baiknya, Yasmeen.

Haiman tiba-tiba mula melayan Wardah dengan baik. Sikapnya berubah ceria dengan kehadiran Wardah di sisi. Dalam pada itu ibu bapa Wardah mula bertanyakan hubungan Wardah dengan tunangnya, Adib yang dilihat dingin. Wardah banyak membantu Haiman dalam tugasannya termasuklah menyiapkan bahan pembentangan sepatutnya disiapkan Haiman. Dalam pada itu dia mula mengajak Haiman solat.

Adib yang juga kawan abang kepada Wardah semakin galak keluar dengan gadis lain. Hilman cemburu dengan hubungan mesra Iskandar dengan Wardah. Adib pula mendesak Wardah berkahwin dengannya sebaliknya Wardah cuba menangguhkan perkara tersebut. Haiman memarahi Wardah menyebabkan Wardah mula bersuara menyebabkan Haiman mengamuk besar.

Sambutan hari keluarga di mana Haiman berubah mesra dengan pekerjanya. Disitu juga Haiman cemburu melihat Zaki, penyelia majlis tersebut cuba mendekati Wardah. Pada masa sama Wardah meluangkan masa dengan Haiman. Haiman runsingkan pembedahan jantung ibunya dan Wardah memberikan semangat kepadanya. Situasi itu membuatkan mood Haiman berubah-ubah. Secara perlahan-lahan Haiman mula solat. Hubungan merekan semakin rapat dan Haiman berkongsi kisah dirinya yang sedang berusaha mendapatkan hak penjagaan anaknya Akim. Wardah juga akhirnya putus tunang dengan Adib.

Lima tahun berlalu setelah Haiman menghilangkan diri secara tiba-tiba. Wardah kini bergelar peguam di firman guaman milik pak ciknya Zikri & Associates. Wardah sedang mengendalikan kes anak guamnya, Arissa tentang hak penjagaan anaknya Akim. Takdir Allah Wardah bertemu kembali dengan Haiman, bekas suami anak guamnya. Sementara itu muncul Zaki yang baru tamat belajar dari luar negara bertemu dengan Wardah.

Satu hari Haiman dan Wardah terperangkap dalam lif menyebabkan Wardah pengsan. Hilman menghantar Wardah pulang ke kampung berehat. Hilman berkenalan dengan keluarga Wardah yang menerima baik kehadirannya. Akim pula minta kepastian daripada Arissa tentang kebenaran samada benar ayah kandungnya telah meninggal dunia atau pun ibunya berbohong. Arissa mula resah memikirkan perkara itu.

Hubungan Haiman dan Wardah kembali rapat. Haiman minta Wardah Tarik diri daripada mengendalikan kes Arissa. Arissa semakin tidak tenteram bila Akim sentiasa mendesaknya bercerita tentang Haiman. Haiman luah perasaan terhadap Wardah sebaliknya Wardah memberikan alasan belum bersedia menerimanya. Haiman tak putus asa membawa Wardah bercuti untuk memenangi hati gadis itu. Kemunculan Zaki di situ secara tiba-tiba membuatkan Haiman marah membuatkan dia pura-pura sakit untuk menarik perhatian Wardah. Wardah pula diterima dalam keluarga Haiman.

Wardah akhirnya berkahwin dengan Haiman namun hubungan mereka ada pasang surutnya. Wardah meletak jawatan selepas menjadi isteri Haiman. Arissa memberitahu Akim tentang perkahwinan Wadah dengan Haiman membuatkan Akim mengamuk. Sikap Haiman kembali panas baran apatahlagi bila masalah hak penjagaan anaknya masih tergantung.

Namun segalanya tidak lama kerana setelah berbincang Zaki berjanji tidak mengganggu isteri Haiman lagi. Hubungan Haiman dan Wardah berjalan lancar. Apatahlagi bila mereka berjaya mencuri hati Akim yang baru menyedari dirinya lagi dihargai oleh ayah dan ibu tirinya berbanding ibunya sendiri yang banyak meluangkan masa bekerja.

Konflik berlaku bila Wardah mahu bekerja semula sebagai peguam. Haiman tidak setuju namun kemudiannya meminta Wardah bekerja dengannya. Wardah menerima dengan hati terbuka. Dalam diam Arissa mengupah orang mengekori gerak geri Haiman dan Wardah. Cemburunya meluap-luap melihat kemesraan mereka apatahlagi bila Akim juga berbaik dengan mereka.

Zaki memasang perangkap mendekati Arissa dan menjalin hubungan baik dengannya. Sebenarnya dia mempunyai niat jahat yang diaturnya semata-mata untuk mendapatkan Wardah kembali.

Lalu apakah kesudahan konflik kekeluargaan ini? siapakah yang bertanggungjawab menyebabkan kematian Arissa yang tidak pernah dijangka sama sekali? Ikuti kesudahan drama bersiri 26 episod ini di TV1.

Bagi mereka yang tidak sempat untuk menonton di TV, mereka berpeluang menontonnya menerusi portal online, Myklik (myklik.rtm.gov.my). Rancangan ini juga dapat ditonton melalui rtm mobile. Muat turun aplikasinya di Google Play dan App Store.

- ### -

Print Email

offcanvas