Saiz Teks

A- A A+

Pilihan Warna

A A

settings

A- A A+
A A

Siaran Media

SIARAN MEDIA - “Chan Mali Chan”

Last modified on .

 

Artis Popular Ceriakan Kanak-Kanak Dalam Program “Chan Mali Chan” di TV1

 

Pendidikan anak-anak menerusi platform televisyen antara pilihan terbaik dalam menghadapi krisis pandemik Covid-19 dan menjalani Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) sehingga sesi persekolahan dibuka terutama dalam kalangan kanak-kanak cilik yang menghabiskan masa mereka berada di rumah bersama keluarga.

Ikuti program hiburan dan pembelajaran kanak-kanak diberi tajuk “Chan Mali Chan” disiarkan Radio Televisyen Malaysia (RTM) setiap Sabtu dan Ahad, pukul 10.05 pagi di TV1.

 

Menampilkan Afieq Shazwan sebagai hos, program 13 episod ini memberikan perkongsian secara santai segmen nyanyian, bercerita, mengeja, lawatan dan informasi serta nasihat-nasihat berguna untuk kanak-kanak.

Dalam setiap episod siarannya akan memaparkan persembahan bersama lima orang adik cilik iaitu Adriana, Allesandra, Isaac, Elena dan Rubini bersama pengacara, Afieq Shazwan di studio. Tambah menceriakan setiap episod program ini menjemput artis popular antaranya Syafiq Farhain, Santesh, Sean Lje, Tajul, Ben Ladin, Andi Bernadee, Ayie Floor 88 dan Sissy Iman.

Penampilan artis undangan yang juga anggota Bomba, Syafiq Farhain muncul dalam episod pertama. Segmen bermula dengan Mari Bercerita dengan cerita rakyat iaitu Angsa Bertelur Emas. Adik-adik diminta mengenalpasti perkataan bermula huruf “M” dan mengejanya. Segmen Adik Kreatif mempelajari seni kraftangan mewarna Catan Jari. Segmen Adik Sana Sini menyaksikan haiwan liar di Wildlife Park, Sunway Lagoon. Manakala segmen Adik Baik memberi nasihat keburukan perbuatan vandalisme. Ia diakhiri dengan nyayian Lagu Tiga Kupang kombinasi Syafiq Farhain dan Afieq Shazwan dengan lima orang adik cilik.

Ikuti segmen Mari Bercerita menyajikan cerita menarik Jack dengan Poko Kacang Ajaib, Sang Kancil dan Sang Buaya, Putera Katak, Anjing dan Bayang-Bayang, Anak Itik Yang Hodoh, Kisah Si Tanggang, Abu Nawas, Pengembala dan Serigala, Rusa Yang Sombong, Gagak Yang Kehausan, Mat Jenin dan Repunzel.     

Dalam segmen Adik Kreatif pula mengajak adik-adik mempelajari seni kraf tangan teknik jalinan menggunakan daun-daun pokok, lukisan menggunakan blok binaan permainan LEGO, teknik Capan Jari, teknik Kolaj, mewarnakan kulit cengkerang dan menampalnya diatas kertas lukisan, belajar memanah dan sukan taekwando, mewarna batang ais krim, origami, dan kraf tangan daripada butang berwarna-warni.

Rancakkan segmen Adik Sana Sini dengan menyaksikan haiwan peliharaan Afieq Shazwan diladang kepunyaan keluarganya, bersuka ria di KID’S GYM, bermain dengan arnab di Taman Arnab Bukit Badong, ke Si Tompok Kafe untuk bermain dengan kucing, dan seni mempertahankan diri Muay Thai.

Santai dalam segmen Adik Baik memberi informasi dan nasihat kepada adik-adik tentang adab sopan menggunakan tangan kanan untuk makan dan bersalaman, etika membaca doa sebelum makan dan minum, adab menghormati orang tua dan tidak mencuri dengar perbualan orang dewasa, adab ziarah orang sakit, pentingnya sifat-sifat bantu membantu, tolong menolong dan berkerjasama diantara satu sama lain, juga amalan sifat jujur dan amanah,

Segmen akhir Mari Menyanyi dalam setiap episod pastinya mengujakan bersama-sama menyanyikan lagu Kalau Rasa Gembira, Air Pasang Dalam, Lompat Si Katak Lompat, Old Mac Donald Had A Farm, Anak Itik Tok Wi, Ikan Kekek, Kereta Merah, Bangun Pagi, Bangau Oh Bangau, Rasa Sayang, Rain Rain Go Away dan Head, serta Shoulders, Knees & Toes.

Bagi mereka yang tidak sempat untuk menonton di TV, mereka berpeluang menontonnya menerusi portal online, Myklik (myklik.rtm.gov.my). Rancangan ini juga dapat ditonton melalui rtm mobile. Muat turun aplikasinya di Google Play dan App Store.

-### -

Print Email

offcanvas